kawan

Selasa, 27 Mei 2014

PLANT


I'm not too much into plant. . Tapi pokok yang sebelah kiri ni betul-betul macam kesian. Sejak BRC letak bulan lepas, macam xde semangat nak hidup pn ade. Kakak dia yang sebelah kanan tu rilek je membesar. . 

Tak tahu nutrisi ape xcukup. Hari-hari dah tolong bagi air, matahari, kasih sayang. Hmm. Frust putus cinta barangkali. . Kuatkan semangat ye dik. 

Hidup memang banyak dugaan. Jangan mengalah. 
Saya temankan kamu berjuang.. . 
Terima kasih pada setiap oxygen yang kamu sumbangkan. :')

Jumaat, 23 Mei 2014

DOA TINGGI

Allahummarzuk Azya bt NoorLaila fahman nabiyyin. Wa hifzal mursalin. Wa ilhamal malaikati mukorrobin. Fi a'fiyatin, ya Arhamar ro himin. 



Ya Allah, kurniakan kepada Azya bt NoorLaila kefahaman para nabi, ingatan para rasul, serta ilham para malaikat yg terdekat denganMu. Rabbi yassir, bittaufiq wannajah. P/s: Maafkan salah silap. Terima kasih kepada yg sudi mendoakan. Semoga Allah

Jumaat, 16 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa 


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca 
(Usman Awang, 1978) 
.
 . 
Terima kasih buat setiap usaha kalian yang mengajar erti nilai, Melabur demi dunia dan seluruh isinya. Mengejar pada akhirat dan redha-Nya. 

Mama Abah 
Guru-guru
 -PASTI APAL
 -TADIKA KEMAS PAKWONG
 -SK BUKIT KENAK 
-MAAHAD MUHAMMADI (P) KOTA BHARU 
-PUSAT TUSYEN NL SURIA 
-CFS IIUM. PJ 
-IIUM GOMBAK 
.
terima kasih atas setiap tunjuk ajar yang menjadikan aku seorang manusia. 
Selamat hari GURU!

Rabu, 14 Mei 2014

ANOM

Layan la birthday girl demand macam-macam hari ni. . . .
Here she is.. 
The most emo sistah i eber have. . . 



Happy sister's-bonding date. & Happy birthday all may's babies!

Selasa, 13 Mei 2014

SAHABAT

Here i am today because of these great people behind.. . . 
Terima kasih pada setiap titis cinta dan nasihat. :') . 
Our journey may split apart. Our love remains together. . 
Dalam setiap angkat doa-- InsyaAllah.

Ahad, 11 Mei 2014

MAMA: Euphoria LOVE


Saat redup senja membawa pergi kicauan riang
Saat cahaya alam tidak lagi menyuluh terang
Saat kelam malam menutupi indahnya siang
Saat yang ada hanya gelita yang terjangkau bayang

warna-warna cinta kamu tetap tidak pernah luntur pada kanvasku yang kian usang

--
Semoga Allah panjangkan lagi pinjaman terhebat ini untuk sejuta tahun yang mendatang!

Happy birthday, MAMA
Happy MAMA day
Happy teacher's DAY


:')
Euphoria love. Happy birthday & happy MaMa's day!. .
Dia yang jauh yang sentiasa dekat. . :')

Ahad, 27 April 2014

CRUSH

Dan.
Setiap kali.
Aku masih aku yang itu yang sering bergelabah katak saat hadirnya kamu.


The 4-awkward-ing-years are going to end :) 
What a nice inspiring moment in these tough challenging years. XD

Rabu, 23 April 2014

AWAK KUMBANG?

Kumbang.
.
.
.
.
.
.
.
Dalam jutaan yang ada,
Aku masih memilih yang satu itu.

SANTAI

Uncle Jack.
Doraemon.
Ice Cream.






HAPPY LUNCH & HAPPY TUMMY

Selasa, 22 April 2014

HARAPAN

Walau sekelam manapun kau lihat warna cahaya harapan. 
Jangan pernah berhenti pada rahmatnya Tuhan. . . 
Bersabar dan teruskan doa.
 Dan doaku ada bersama. . 
InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja. 

Kerana Dia merancang dengan penuh cinta. . 
Rabbi yassir wala tu assir. Rabbi tammim bil khoir. 
Semoga Allah permudahkan... 
#bepatient #keepprying

Isnin, 21 April 2014

GAMERS

Terjebak. #addicted #apobondoehni #naiklevel

Sabtu, 12 April 2014

FRIENDSTRIP

Trip bali #friendstrip

Khamis, 10 April 2014

GAMBATTEE!

Small effort with huge returns! InsyaAllah :) Good Luck! Gambatee! Bittaufiq wannajah!

Khamis, 13 Mac 2014

BABY



Kakak qila : "hai adik baby"
Abang ajyad : "hai adik ebi"




==================

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

#ARJUNABETA #FYNN JAMAL

Khamis, 6 Mac 2014

FINAL SEM





Final semester, everything is memory.

Selasa, 4 Mac 2014

MEASUREMENT

Pembelajaran.
Membawa aku selangkah dekat pada jutaan ilmu-Nya






Drawings, friends, laugh and love. I am going to miss these very sooon.


Jumaat, 28 Februari 2014

ALFATIHAH: Tok Wan

Kecik kecik dulu tokwan cakap kalau nampak kucing makan rumput, jangan kacau. Sebab kucing tu sakit perut. Dan rumput tu ubat dia. Subhanallah. Hebat kan fitrah yang Allah ciptakan ni. Tiba-tiba rindu tokwan. Al-fatihah, semoga tokwan bahagia di sana.


Alfatihah.


Khamis, 20 Februari 2014

CERITA CITA


Cerita cita-cita yang diteruskan.

Dalam gelap menjejak alur cahaya.
Dalam derap langkah sang musafir.
Dalam rasa kerdil yang ditinggal lautan ilmu.
Dalam jutaan campurbaur rasa yang tak terucap deria.



Aku hanya hamba yang menagih setitis ilmu untuk bertarung pada mehnahnya dunia.



The smell of book that i have missed.

Sabtu, 25 Januari 2014

kawan

Tutup mata.

5 saat.
Jutaan ilusi melintasi minda membawa cerita kita.
Seringkali, aku hanya watak picisan dalam ribuan kenalan.
Namun jujur, kau lebih dari itu.

Kawan,
Kau ada saat aku sering rebah tanpa daya.

Walau hanya pada sebuah hembusan yang menemani,
walau hanya pada sebuah kehadira bisu tanpa kata,
walau hanya pada sebuah pandangan belas sayu,
walau hanya pada sebuah sapaan di bahu

itu sudah terlalu amat mencukupi, kawan.

p/s: aku terlalu amat mencemburui indahnya kalian dalam bersahabat.
dan aku terlalu amat mengagumi adanya kalian dalam jalinan cinta ini :)

2014 late-shoutout

2014

please. be nice

Sabtu, 18 Januari 2014

SISTERHOOD



Lots loveeee♥♡♥♡♥♡
.
.
.
.

Sisterhood bonding moments.
Kalian cinta tanpa hujung.


JANJI


Jumaat, 29 November 2013

curi masa

Life goes on, kan?

Terlalu banyak masa pada kepentingan lain dan aku lupa pada hati sendiri.
Terlalu taksub dengan duniawi, namun insyaAllah aku juga mengejar yg di sana.

Pada pancaroba yang aku tempuhi,
biarlah ku adu hanya pada Yang Berhak.

dan kini,
aku terlalu rindu pada saat terakhir aku menangis lemah memohon taubat dan pertolongan, saat aku menilai segala nikmat tuhan, saat aku sedari betapa aku hanya seorang HAMBA yang tak pernah punya apa-apa selain pinjaman.

Ya, aku terlalu dan teramat rindu pada saat aku mengenang segala kebodohanku dilumuri hanyir hamis dunia, pada saat titisan menderu laju dalam taubat.

Tuhan,
jangan biarkan aku sendiri, jangan biarkan aku menentukan nasibku sendiri walau sedetik cuma.

AKu terlalu takut andai  aku terpesong jauh dari lurus asalnya.



Rabu, 13 November 2013

Sarangheo AJYAD!

"Dear love, sarangheo!!!!!"

Khamis, 7 November 2013

ADIK

May Allah eases everything!

Sabtu, 26 Oktober 2013

Happy Night

knowing that u're there at the end of the line just make me happy. ♡♡ dolphin. bear dan si ulat hodoh. love u all.

Sabtu, 12 Oktober 2013

MYGEN8


Life.
as unpredictable as it special.
.
.
.
.
.
.
Terlalu jauh berteman.
Terlalu banyak kenangan bersama.
terlalu dalam cinta tersemat.
Terlalu hebat kuat rasa yang seringkali membakar semangat sahabat.
.
.
Congrate mygen8! we are survive, together.

Khamis, 10 Oktober 2013

YA LATIF

Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif.
Tuhan. berikan aku sedikit ketabahan agar aku tidak pernah menyesali atas setiap usaha.
Agar aku terus berlari dalam mengejar hebat ilmu-Mu.
Agar aku tidak goyah dengan kuatnya dugaan-Mu.
Ya Rabbul Izzati.


Sabtu, 5 Oktober 2013

KALIAN yang menanam cinta.

Sungguh, saat ini aku terlalu rindu akan hadirnya kalian di sisi.
pada kata-kata semangat, pandangan dan jutaan tunjuk ajar,
pada sepasang tangan yg sudi memapah tatkala aku rebah mengalah,
namun, seringkali rasa rendah diri itu melebihi inginku,
menghantui aku dengan satu rasa yg tak terseru.
diharap kalian baik-baik shj wahai sahabat.
insyaAllah doaku penyambung ukhuwwah antara kita.
semoga sentiasa dalam redha-Nya.

Selasa, 1 Oktober 2013

Hanyir Denai Semalam

dalam kehidupan.
di penghujung sebuah lelah perjalanan. kadangkala aku menyesali bodohnya aku memilih untuk melalui denai kotor dengan hanyirnya lecah lintah berbanding jalan berturap indah megah.
sedang aku lupa, hanyir lecah itulah yang mengajar aku mengenal topengnya manusia.  


Rabu, 25 September 2013

COFFEEMIX


Another breath.
Another burden solved.
Another new days.
Thanks coffemix.

.

.

.

.

.



Alhamdulillah.
Thanks Allah.


Selasa, 24 September 2013

PAK ABU

"A QS without calculator is like a delicious curry without garrammm. (Pak Abu, 2013)

Ahad, 22 September 2013

MASA

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang orang yg beriman dan beramal soleh. Mereka yang salin berpesan pesan dalam kebenaran dan kesabaran"

Sabtu, 14 September 2013

Day

A day starts with fajr prayer is a day worth living.♡

Weekend job that never end.

Jumaat, 13 September 2013

Seniority night.
.
.
.
.
I heart them a lot.

RUTIN

yang ditinggal pergi.
Kini kembali
😧😧😧

Khamis, 12 September 2013

HATE and LOVE

"Hating people is a sin. How could liking them be one?" - Yeorim.

Rabu, 11 September 2013

Mimpi Ngeri

Nightmare!

Selasa, 27 Ogos 2013

working days


Even it is tired of being pushed and pulled around; at least I have something in return. Thanks a lots experience & dears!

May Allah bless ;)


Ahad, 16 Jun 2013

Selamat Hari Abah

Nostalgianya.

Setiap hari, apabila celik mata abah sudah berangkat ke tempat kerja. Mama yang akan menyediakan sarapan, bekal dan menguruskan kami sebelum kami berbasikal ke sekolah yang terletak beberapa kilometer dari rumah. Abah hanya akan pulang selepas asar ketika kami sedang rancak bermain bersama rakan sebaya. Melihat saja kereta abah meluncur ke halaman, sudah tentu kami akan kecut perut. Apalagi jika belum menunaikan solat asar. Pasti akan terkocoh-kocoh berlari ke dalam rumah sebelum dirotan abah di hadapan kawan-kawan. Malu kan.

Malam, kami akan menunaikan solat maghrib berjemaah. memang sudah kebiasaan kami akan berjemaah jika abah di rumah. Pantang bagi abah jika kami tidak sempat berjemaah. Selepas solat maghrib, abah akan ajarkan kami mengaji beramai-ramai sambil melakukan kerja-kerjanya. Atau abah juga akan turut 'mengulang' bacaan al-Qurannya. Walau dari jauh, telinga abah peka mendengar bacaan kami. Abah akan menegur jika ada kesalahan dalam bacaan. Laungan lantang abah pasti kedengaran sehingga ke rumah-rumah jiran. Bagi kami yang berada dalam satu rumah apatah lagi, teguran abah pasti terus menusuk ke jantung. Ketika sesi mengaji, kami sering berlumba-lumba agar cepat habis untuk malam tersebut, lebih-lebih lagi jika abah berada berdekatan. Jika bernasib baik, abah izinkan kami 'sodakallah' sebelum jam 9.30 malam, jadi kami sempat menonton rancangan pendekar yang disiarkan di TV2, yang seringkali terlepas kerana sesi mengaji berlanjutan apabila bacaan tidak lancar. Sadis kan.

Hujung minggu, kami tidak berpeluang tidur selepas subuh kerana sesi mengaji akan bermula seawal jam 7 pagi lagi. Usai mengaji,dalam keadaan terpaksa kami bersama-sama akan membersihkan halaman; mengutip dedaun kering yang disapu abah sebelum membakarnya kemudian. Bagi yang perempuan, biasanya apabila abah memanggil, mereka akan mula berpura-pura rajin membantu mama di dapur untuk dijadikan alasan. Apabila masuk ke sekolah menengah, kami akan tinggal di asrama, jadi kami boleh tidur sepuasnya selepas subuh sebab abah tiada di asrama. Bebas kan.

Kadangkala, ketika puasa, raya atau pada hari-hari tertentu, abah akan mengajak kami semua ke kubur. Membersihkan kubur arwah ayahnya dan kakaknya. Kemudian kami akan sama-sama membacakan tahlil yang diimamkan abah. Bulan puasa kami tidak meriah jika tidak puasa. Kerana sesiapa yang tidak puasa tidak dibenarkan menyertai yang lain untuk berbuka dan lebih menyedihkan mereka dikehendaki berada di beranda rumah sehingga 'acara' berbuka puasa tamat. Memang sejak kecil, abah memang tekankan tentang solat dan al-Quran. Ketika darjah 5 dan 6, sesiapa yang tidak khatam quran tidak akan dibenarkan mengikuti kelas malam di sekolah walaupun wajib. Guru kelas juka akan akur dengan arahan abah. Peraturan abah mampu 'overule' peraturan sekolah. Kagum kan.

Sekarang, semuanya hanya kenangan. Apabila jauh dari kampung halaman, seringkali aku rindukan alunan al-Quran dibaca abah selepas maghrib atau subuh. Semakin aku sedar tiada maknanya malu dan sadis kerana abah, tetapi malu dan sadis kerana mengingkari suruhan Allah. Tiada maknanyan kebebasan melakukan dosa, kerana sesungguhnya Allah melihat setiap masa. Sehingga detik ini, aku tetap kagum memiliki abah sebagai abahku. Sungguh.

Doaku,
Semoga Allah panjangkan pahalanya untuk abah,
bagi setiap huruf bacaan al-Quranku.
Semoga Allah gandakan barokahnya untuk abah,
bagi setiap sedekahku.
Semoga Allah cahayakan kubur abah kelak,
bagi setiap alunan al-Mulkku.
Semoga Allah murahkan rezeki abah,
bagi setiap syuruk dhuhaku.
Semoga Allah menjaga keselamatan abah,
bagi setiap mathurat ulanganku.
Semoga Allah kurangkan sakit abah,
bagi setiap selawat shifa' ku.
Semoga Allah gugurkan semua dosa abah,
bagi setiap sunnah amalanku.
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan abah, kurangkan kepayahan abah, jagakan kebajikan abah, penuhi keperluan abah, panjangkan umur abah, redhai dan rahmati hidup abah.

Abah,
semakin aku menginjak matang,
aku sedar abah tidaklah garang,
abah hanya miskin cara meluahkan kasih sayang.

Mohonku, agar dimaafkan setiap dosa perbuatan, dihalalkan makan minum, diredhakan setiap titis darah abah yang mengalir dalam jasad ini.

Selamat Hari Abah, setiap hari adalah hari abah.



Isnin, 6 Mei 2013

Kuatkuatkuat yang mencengkam ketat.

Pesan Imam Syafie "Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yangsedemikian setinggi-tinggi erti syukur."

Senyumlah kawan. Jihad kita tetap diteruskan. Perjuangan ini perlu bertahan.
Tenang. Allah-lah sebaik-baik perancang. Dia sedang merancang sesuatu yang berjuta kali lagi cantik dari sekarang.
InsyaAllah. Pada satu detik nanti, saat segalanya sunyi tanpa kata, airmata dan seluruh anggota ini akan bangkit menjadi pembela!

Lihatlah sahabat. Mentari masih keluar dari timur ke barat. Masa kita masih belum tamat. :)

Sabtu, 4 Mei 2013

Gelombang kebangkitan.


Kata Hassan al-Banna:
Dalam setiap kebangkitan, Pemuda adalah rahsia kekuatannya.
Dalam setiap fikrah, Pemuda adalah pengibar panji-panjinya...

Selamat Berjuang :)

4/5 Greenwood. Gelombang kebangkitan.