kawan

Ahad, 11 Mac 2012

Tuhan-ku

Andai hilang cintamu pada-Nya
maka hilanglah cintaku padamu

Tuhan,
izinkan aku sentiasa di bawah lembayung rahmat-Mu
izinkan aku punya setia dalam mencari redha-Mu
azinkan langkahkugagah mengejar kemaafan-Mu
betapa aku hanya hamba lemah dalam memenuhi hari-hariku

Tuhan,
andai diri ini lemah, Kau tiupkanlah kekuatan-Mu
agar aku mampu berdiri megah dalam setiam rintangan yang lalu

andai hati ini resah, Kau tiupkanlah kebahagiaan-Mu
agar aku terus senyum menghadapi dugaan-Mu

andai nafas ini lelah, kau tiupkanlah kecekalan,
agar aku msih bisa berlari menelusuri jalan lurus-Mu

andai dada ini gelisah, Kau suntikkanlah ketabahan
agar aku tetap setia pada janji-janji-Mu

namun,
andai aku tersungkur rebah,
izinkan aku rebah di pintu syurga-Mu
agar masih ada peluang untukku
menikmati segala pemberian-Mu, Ya Rahim....

Ahad, 4 Mac 2012

Hati kelat

Tatkala bayu malam mencecah leka,
duniaku sunyi tanpa kata,
tanpa mata, telinga dan deria,
tubuh ini seolah kaku pada percaturan dunia,
masa penentu segalanya,
menjadikan aku seorang penanti yang setia,
yang sedia dipukul ganas gelombang,
menangkit kilat pekat memiat,'aku mungkin bakal rebah,
tersungkur jatuh ke dasar terdalam,
menggapai mencari ranting,
pada yang sudi menyambut.

semoga yang menyambut itu imam takdirku.

Sabtu, 3 Mac 2012

Izinkan aku berlari mengejar pelangi indah itu.

Saat gerimis berhenti,
kaki ini berlari mengejar pelangi,
tetap,
hati ini menidakkan realiti,
menganyam sebuah mahligai mimpi.

Saat pelangi indah itu mewarnai maya,
hati ini meronta mengocak leka,
pentas melepasi detik masa,
lihat,
kuasa sebuah matlamat nyata,
harga sebenar impian dan cita-cita.

Dan.
Bila sang mentari memancar garang,
bayang indah itu kian menghilang,
langkah kaki berubah tenang.

Dan.
Mimpi itu menjauh pergi,
Meninggalkan aku terkapai sendiri.

# Biarkan ilusi itu menghilang pergi, kerana kita punya realiti untuk dikecapi. :)

aku salah

salahku kerana gagal menilai
silapku kerana tak mampu mengenal
aku mungkin manusia yang tak sanggup menerima
aku mungkin hamba yang gagal dalam redha
pada silap salah sesuatu rasa

aku lelah pada aluran bergelora
aku kalah pada permainan masa
aku rebah pada percaturan dunia

buat hati kental, sabarlah
jangan sedih andai yang dirancang tak berjaya
jangan gusar andai apa yang dihajati tak terkena
kerana
perancangan Dia adalah yang Maha Sempurna
paling indah dan mulia.

senyumlah, pada takdir yang datang bertemu!

Selasa, 28 Februari 2012

Cinta Sang Pencipta Cinta

❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN, jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞ ...

❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN, jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞ ...

❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN, jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞

Sabtu, 25 Februari 2012

kawan

pada aku, kawan ibarat bintang. mereka akan sentiasa ada dalam waktu2 gelapku, sedang pada waktu itu bayang2 sendiri hilang meninggalkan aku kesunyian..

dan, tanpa mereka sedari, mereka jadi penyeri saat aku sepi. mereka berikan cahaya saat aku teraba-raba mencari punca. dan kala hatiku dibalut luka lara kisah semalam, mereka seolah tersenyum padaku dan berkata 

"bersabarlah kawan, hidup ini untuk dinikmati, bukan ditangisi. bangunlah. ayuh ku pimpin tanganmu menyahut cinta Sang pencipta cinta"


Rabu, 22 Februari 2012

child-hood


  1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
  2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
  3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat gila
  4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
  5. Masa dapat milo tengok huruf bawah kotak milo, kalau dapat nombor 4 (or something dah tak ingat) mesti cakap air tu dah basi
  6. Lepas abis minum milo mesti tiup kembung2 pastu lompat atas tu sampai pecah, kalau tak pecah rase macam loser gila.
  7. Lukis burung guna huruf 'v'.
  8. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
  9. Kalau kene lukis pemandangan mesti ada sawah padi, anak sungai keluar dari bukit, pastu ikan melompat. Kalau lagi grand tambah rumah pondok kecik daun atap nipah kat tepi sawah, perasan dah cun gila dah lukisan tu.
  10. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
  11. Tiapkali pegi dapur, tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
  12. kalau ade kawan minum air berdiri mesti sergah "ha, berdose!!"
  13. naik kereta suka keluarkan kepala amek angin kat lua tingkap sampai terlelap.

Isnin, 20 Februari 2012

Seringkali lagi

Seringkali, mata ini menangis pada sebuah kekesalan
kala kejahatan menjadi gantian pada kebaikan yang ditinggalkan
Betapa bodohnya saat nafsu berkiblatkan syaitan
Terasa hina tatkala tersadung dari landas sebuah perjalanan

Seringkali, diri ini pegun pada sebuah kekaguman
Indahnya dunia ciptaan tuhan; matahari bintang dan bulan
Hanya pinjaman sementara bagi malhluk yang beriman
Dan aku hanya insan lagha yang acapkali kelalaian

Seringkali, hati ini gerun pada setitis dosa
Dosa noda lalu yang kian bertambah seiring masa
Masih bersisakah pintu taubat buat hambamu ini, wahai sang pencipta?
Masihkah kau terima rayuanku wahai yang maha Esa?

Seringkali, tangan ini kaku pada rezekiMu
Betapa Kamu maha tahu pada mahuku
terasa kerdil makhlukmu ini menghadapMu saban waktu
terasa betapa melimpahnya rahmatMu melimpahi hari-hariku

seringkali, duniaku gelap membaluti saat aku menjauhiMu
Betapa aku berada dalam kesangsian yang haru
Tuhan, panjangkanlah lembayung rahmatMu
Agar aku tahu aku masih punya Kamu
Dalam menelusuri hari-hari gelapku
Agar aku sedar betapa aku malampaui batasanMu
Pada ketetapan yang engkau gariskan
Agar aku tidak lalai leka
Pada dunia yang fana dan sementara

Selasa, 14 Februari 2012

jika esok hari mati ku

Jika esok hari terakhirku,
sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti
Jika esok hari terakhirku,
maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku
Jika esok hari terakhirku,
mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
akan ku gapai motosikal burukku, meminta ampun kepada sahabatku
Jika esok hari terakhirku,
ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku
Jika esok hari terakhirku,
nafsu batin kan ku kunci demi untuk menghadapiMu
Jika esok hari terakhirku,
mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi
Jika esok hari terakhirku,
akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku
Jika esok hari terakhirku,
tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu
Tetapi, hanyalah
Jika esok hari terakhirku.

Isnin, 13 Februari 2012

islam

 
Jaga kelakuan. 
jaga akhlak. 
jaga iman. 
jaga semuanya. 
dimana sahaja kita berada. 
kerana kita adalah duta ISLAM

layang layang

Masya-Allah... Allah...Allah...
Indahnya tatkala Allah pinjamkan perasaan terlalu "takjub" terhadap KekuasaanNya, hingga lidah tak henti2 memujiNya. Benar! Hanya Dia yang mampu melakukan sesuatu diluar batasan ilmu dan akal manusia. Makin lama aku bernafas dalam jiwa hamba, makin aku terasa betapa agungNya Allah!
 

ingin sekali aku,  
terbang membelah awan biru
menikmati nyamannya deru bayu
bersama nyanyian burung nan merdu 

meggapai tingginya bintang berkilau
 mengejar sang pelangi nan jauh di situ

sesekali
 
ku pejamkan mata 
agar dapat ku hayati 
indahnya rasa itu 

dan, hanya satu cara
impianku bakal terlaksana

semoga matiku dalam iman yang tebal  
agar bisa ku ke sana 
menikmati kebahagian hakiki



Sabtu, 11 Februari 2012

Ring my bell, ring my bells..
Ring my bell, ring my bells..
Ring my bell, ring my bells..
Ring my bell, ring my bells..

Sometimes you love it
Sometimes you don't
Sometimes you need it then you don't and you let go..

Sometimes we rush it
Sometimes we fall
It doesn't matter baby we can take it real slow..

Coz the way that we touch is something that we can't deny
And the way that you move oh you make me feel alive
Come on

Ring my bell, ring my bells..
Ring my bell, ring my bells..

You try to hide it
I know you do
When all you really want is me to come and get you

You move in closer
I feel you breathe
It's like the world just disappears when you around me oh
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/e/enrique_iglesias/ring_my_bells.html ]
Coz the way that we touch is something that we can't deny oh yeah
And the way that you move oh you make me feel alive
So come on

Ring my bell, ring my bells..
Ring my bell, ring my bells..
Ring my bell, ring my bells..
Ring my bell, ring my bells..

I say you want, I say you need
I can tell by your face you love the way it turns me on

I say you want, I say you need
I will do what it takes I would never do you wrong

Coz the way that we love is something that we can't fight oh no
I just can't get enough, oh you make me feel alive so come on

Ring my bell, ring my bells..
Ring my bell, ring my bells..

I say you want I say you need
I can tell by the way you're looking at me, I turn you on

I say you want I say you need
If you have what it takes, we don't have to wait, lets get it on

Get it on..

Ring my bell, ring my bells..
Ring my bell, ring my bells..

yesterday was a history..

Just like there’s a mystery behind every star, there’s a story behind every scar. Story of survival. The pain, the struggle, the tears. Remember,
“Verily along with every hardship, there is relief.” (94:5) Allah is making you, not breaking you.
Dear azve3; new semester has started, the hope is still awaits, push yourself or you may regret later.
wahai diri,
teruskan perjuanganmu sayang,
kamu insan terpilih yang Dia ciptakan untuk mengangkat martabat agamu,
yang akan mengibarkan panji-panji kebenaran,
bertahanlah, teruskan melangkah, jangan pernah berhenti,

Jika kamu tak mampu berlari, cukuplah dengan berjalan, agar dirimu terus ke depan, jika perlu bertatihlah atau merangkak, yang penting kamu teruskan maju tampa berhenti sehingga tiba waktu kau dijemput bertemuNya..

No matter how many people let me down, I know You never will.
No matter how many people hurt me, I know You never would.
No matter how lonely I feel, I know You’re always there.

When no one understands me, I know You do.
When I lose hope, You remind me of You.
When I feel like giving up, You give me the strength to keep going.
When I feel lost, You show me the way.
No one can help me but You.
No one can soften my heart but You.
No one can love me as much as You love me.
No one cares about me more than You do.
I love You ya Allah. More than anything in this whole world..


Saat Allah swt mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah HATI mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan yang bersih. hati kita seolah berbisik,

"Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat aku membenci segala kejahatanku"

Rabu, 8 Februari 2012

Ya Rabb

Rebahkanlah wajahmu di tikar sejadah,
Hadapkanlah hatimu ke qiblat Baitullah,
Tuntunlah jiwamu menuju cintaNya,
Moga kebahagiaan bakal menjelma.

Andai takdir diri ini rebah,
Izinkan daku rebah dipintu syurga-Mu.
Ameeeen




Selasa, 31 Januari 2012

Alhamdulillah….

Tiada kata mampu diluahkan melainkan ribuan juta terima kasih buat Dia yang maha mendengar doa kudus saban waktuku...


Syukur sujudku kepadaNya..


"“Dear me, you deserve for what you strive for, congratulation"


Hadiah untuk diri sendiri: Package istimewa bersama satu target untuk dicapai….chaiyook!!!!!!
p/s: azve3, kamu mampu lakukan..


Sabtu, 28 Januari 2012

sekali lagi

penat.lelah..
tanpa kata usaha aku hanya mampu menyerah
rebah mengalah
meniti buih air sebuah perjudian seorang aku

inikah kesudahannya..
harga sehembus nyawa yang bakal dibayar dengan sebuah kerelaan.
RELA??

dan..
bibir ini tetap kelu kaku tanpa kata..
lelah lesu tanpa bicara.
aku hanya mampu memandang gelap langit
aku hanya mampu menangisi sebuah perhitungan seorang pelarian
yang dia adalah aku

dan..
hanya padaNya ku mengharap..

ya rabb
leraikanlah perhitungan ini dengan khabar gembira...


You don't know what the future holds, but you know Who holds it.

Sabtu, 14 Januari 2012

Selamat datang 2012

Hai tahun baru. Welcome.
Semoga tahun ini lebih berbudi pekerti, jangan kejam sangat keyh!
Takmau sedih, takmau nangis-nangis lagi.
Kita ada impian untuk dibuktikan,
Kita ada matlamat yang perlu dituju,
Kita ada cita-cita yang bakal dicapai,
Kita ada jalan untuk dilalui,
Kita ada pilihan untuk dipilih,
Kuburkan segala penat lelah, rasalah betapa manisnya nilai sebuah kejayaan.

Kamu ada Tuhan yang Maha Tahu betapa kamu berusaha untuk berjaya.

Jumaat, 26 Ogos 2011

makan

makan

makan

dan makan......

semenjak dua menjak ni asyik makan je. rajin pulak blogwalking tengok resepiresepi kat internet. ade yang disimpan lam fb's notein case lam lappy nyer ilang. baru2 ni teruja buat makanan jepun. disebabkan barubaru ni kempunan nak makan okonomiyaki yang kt jj wangsamaju tapi tak dapat, ha. semalam aku try buat satu. yang homemade punye. wahhhhhhh!!! teruja!

ni resepiresepi yang trytry sendiri sebab kt kawasan pekan kecik kat sini xde la hypermarket besarbesar nak beli bahan yang sepatutnye..

base:
1 cawan tepung gandum
sebuji telur
1/2 cawan air
(1/8) kubis yang dicincang halus macam nak buat coslow

topping:
sekeping daging burger (daging)
sekeping daging burger (ayam)
sosej
atau lain-lain
(sotong/udang/isi ikan/bebola ikut selera)
halia
bawang bombay
white pepper
black pepper

sos:
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu kicap
1/2 sudu kecik garam

+ mayonese

Caracara:

1. dalam satu mangkung besar, pukul sebiji telur, tambah air dan sedikit kicap kalau suka. pukul sebati dan tambah kubis yang sudah dicincang halus.

2. buat sos: panaskan sedikit minyak, masukkan semua sos dan kicap, tambah sedikit air kemudian gaul rata. tambahkan sedikit pepper ikut citarasa dan taburkan garam. bila gelegak, tutup api.

3. panaskan sedikit minyak masak dalam frying pan. tumis halia dan bawang besar hingga naik bau. masukkan daging beger yang sudah ditumbuk halus dan sosej yang telah dicincang. masukkan sedikit pepper dan goreng sehingga masak.

4. setelah masak bentukkan bulat dalam pan tadi dan masukkak adunan base di atasnya. bentukkan bulat seperti pizza.

5. agak-agak permukaan sudah mengeras, terbalikkan adunan. sebaik-baiknya terbalikkan menggunakan sebiji pinggan agar adunan tidak hancur dan kekal cantik.




6. setelah masak hidangkan di atas pinggan.ratakan dengan sos ke seluruh permukaan dan hias dengan mayonese. nak sedap taburkan seaweed powder, pepper, dried octopus dan red shrimp yang dicincang halus.



******lainkali nak buat takoyaki lak. tapi takde pan bulatbulat. tengah perah idea camane buat jadi bulat. tapi yang pasti kene cari seaweed dulu

Khamis, 18 Ogos 2011

cinta buatmu mujahidku

UHIBBUKA FILLAH:
andai hilang cintamu pada-Nya, maka hilanglah cintaku padamu

Carilah cinta Ilahi sebelum kau menggapai cinta ini,
Jadilah mujahid sejati dambaan kalbu putri duniawi..

puisi buatmu bakal mujahidku..

Wahai bakal mujahidku
Aku terlalu takut jika kau tidakku temui
Kerana aku sering dikelilingi
Cinta nafsu para pendosa
Aku terlalu takut
Jika aku turut serta bersama mereka
Menjadi penzina mengundang azab-Nya
Sungguh aku risau
Jika bukan kau yang aku temui
Tetapi adam disulami dengan cinta nafsunya
Mencuri hatiku yang mudah lentur dan luluh
Pada bicara kata

Wahai bakal mujahidku
Andai kau tahu
Sudah lama ku berusaha berjuang menjaganya
Hati yang lembut dengan bicara kata
Hati yang mudah terhadam dengan kata-kata cinta
Namun dengan-Nya, aku berdoa
Agar terbentengnya cinta mereka
Pada aku yang menjaga hati ini untukmu
Yang aku tunggu

Wahai bakal mujahidku

Bimbinglah aku bersamamu
Dambakan cinta Yang Maha Esa
Juga Rasul-Nya
Agar sama-sama kita merasa pahit
Mujahadah kerana-Nya
Menggapai syahid sehati sejiwa

Wahai bakal mujahidku

Tarbiyahlah aku dengan bicara kata Ilahi
Biar aku pedih hati
Asal aku sedar diri
Untuk bercinta dan bersamamu
Hanya kerana-Nya

Wahai bakal mujahidku

Jadilah kau kekuatanku
Jadilah kau pendorongku
Agar bertambah semangatku dan tekadku
Untuk sama-sama berjuang demi-Nya dan agama-Nya

Wahai bakal mujahidku

Sungguh aku dambakan cahaya mata
Menjadi tahfiz dan hafizah
Agar terasa damai apabila bersama mereka
Moga kau jadi abuya yang adil dan bijaksana
Mendidik mereka menggapai soleh dan solehah
Agar menjadi tinggalan kita

Wahai bakal mujahidku
Jangan kau lemah dalam perjuangan kita
Jangan kau damba fana yang sementara
Kerana itu buat kau kehilangan cintaku
Hilangnya agama padamu, hilanglah juga cintaku padamu
Hilangnya dambaan cintamu pada-Nya, hilanglah juga dambaan cintaku padamu
Kerana aku tidak rela berdamping dengan mujahid selemahmu
Dan lebih rela untuk aku pergi jauh darimu yang dambakan dunia fana

Wahai bakal mujahidku

Moga kau kan terima aku seadanya
Kerana aku hanya insan biasa
Yang ingin jadi luar biasa
Akan ku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Asal kita bersama meraih cinta kepada-Nya
Kau dan aku hanya kerana-Nya
Moga kita kan bertemu
Wahai mujahid sefikrah dambaanku

Wahai bakal mujahidku
Aku akan terus setia menunggumu
Aku akan terus menunggu saat itu
Saat kau menyuntingku sebagai suri hidupmu
Saat kau bukan lagi bakal mujahidku
Tetapi KAULAH MUJAHIDKU

Jumaat, 1 Julai 2011

BERS✔H-kan

iman
hati
minda
amalan
niat
ibadah
aqidah
ilmu
silaturrahim
masyarakat
persekitaran


maka BERS✔H segalanya