knowing that u're there at the end of the line just make me happy. ♡♡ dolphin. bear dan si ulat hodoh. love u all.
Sabtu, 26 Oktober 2013
Sabtu, 12 Oktober 2013
MYGEN8
Life.
as unpredictable as it special.
.
.
.
.
.
.
Terlalu jauh berteman.
Terlalu banyak kenangan bersama.
terlalu dalam cinta tersemat.
Terlalu hebat kuat rasa yang seringkali membakar semangat sahabat.
.
.
Congrate mygen8! we are survive, together.

Khamis, 10 Oktober 2013
YA LATIF
Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif.
Tuhan. berikan aku sedikit ketabahan agar aku tidak pernah menyesali atas setiap usaha.
Agar aku terus berlari dalam mengejar hebat ilmu-Mu.
Agar aku tidak goyah dengan kuatnya dugaan-Mu.
Ya Rabbul Izzati.

Sabtu, 5 Oktober 2013
KALIAN yang menanam cinta.
Sungguh, saat ini aku terlalu rindu akan hadirnya kalian di sisi.
pada kata-kata semangat, pandangan dan jutaan tunjuk ajar,
pada sepasang tangan yg sudi memapah tatkala aku rebah mengalah,
namun, seringkali rasa rendah diri itu melebihi inginku,
menghantui aku dengan satu rasa yg tak terseru.
diharap kalian baik-baik shj wahai sahabat.
insyaAllah doaku penyambung ukhuwwah antara kita.
semoga sentiasa dalam redha-Nya.

Selasa, 1 Oktober 2013
Hanyir Denai Semalam
dalam kehidupan.
di penghujung sebuah lelah perjalanan. kadangkala aku menyesali bodohnya aku memilih untuk melalui denai kotor dengan hanyirnya lecah lintah berbanding jalan berturap indah megah.
sedang aku lupa, hanyir lecah itulah yang mengajar aku mengenal topengnya manusia.

Rabu, 25 September 2013
COFFEEMIX
Another breath.
Another burden solved.
Another new days.
Thanks coffemix.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah.
Thanks Allah.
Selasa, 24 September 2013
Ahad, 22 September 2013
MASA
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang orang yg beriman dan beramal soleh. Mereka yang salin berpesan pesan dalam kebenaran dan kesabaran"
Sabtu, 14 September 2013
Jumaat, 13 September 2013
Khamis, 12 September 2013
Rabu, 11 September 2013
Selasa, 27 Ogos 2013
working days
Even it is tired of being pushed and pulled around; at least I have something in return. Thanks a lots experience & dears!
May Allah bless ;)
Ahad, 16 Jun 2013
Selamat Hari Abah
Nostalgianya.
Setiap hari, apabila celik mata abah sudah berangkat ke tempat kerja. Mama yang akan menyediakan sarapan, bekal dan menguruskan kami sebelum kami berbasikal ke sekolah yang terletak beberapa kilometer dari rumah. Abah hanya akan pulang selepas asar ketika kami sedang rancak bermain bersama rakan sebaya. Melihat saja kereta abah meluncur ke halaman, sudah tentu kami akan kecut perut. Apalagi jika belum menunaikan solat asar. Pasti akan terkocoh-kocoh berlari ke dalam rumah sebelum dirotan abah di hadapan kawan-kawan. Malu kan.
Malam, kami akan menunaikan solat maghrib berjemaah. memang sudah kebiasaan kami akan berjemaah jika abah di rumah. Pantang bagi abah jika kami tidak sempat berjemaah. Selepas solat maghrib, abah akan ajarkan kami mengaji beramai-ramai sambil melakukan kerja-kerjanya. Atau abah juga akan turut 'mengulang' bacaan al-Qurannya. Walau dari jauh, telinga abah peka mendengar bacaan kami. Abah akan menegur jika ada kesalahan dalam bacaan. Laungan lantang abah pasti kedengaran sehingga ke rumah-rumah jiran. Bagi kami yang berada dalam satu rumah apatah lagi, teguran abah pasti terus menusuk ke jantung. Ketika sesi mengaji, kami sering berlumba-lumba agar cepat habis untuk malam tersebut, lebih-lebih lagi jika abah berada berdekatan. Jika bernasib baik, abah izinkan kami 'sodakallah' sebelum jam 9.30 malam, jadi kami sempat menonton rancangan pendekar yang disiarkan di TV2, yang seringkali terlepas kerana sesi mengaji berlanjutan apabila bacaan tidak lancar. Sadis kan.
Hujung minggu, kami tidak berpeluang tidur selepas subuh kerana sesi mengaji akan bermula seawal jam 7 pagi lagi. Usai mengaji,dalam keadaan terpaksa kami bersama-sama akan membersihkan halaman; mengutip dedaun kering yang disapu abah sebelum membakarnya kemudian. Bagi yang perempuan, biasanya apabila abah memanggil, mereka akan mula berpura-pura rajin membantu mama di dapur untuk dijadikan alasan. Apabila masuk ke sekolah menengah, kami akan tinggal di asrama, jadi kami boleh tidur sepuasnya selepas subuh sebab abah tiada di asrama. Bebas kan.
Kadangkala, ketika puasa, raya atau pada hari-hari tertentu, abah akan mengajak kami semua ke kubur. Membersihkan kubur arwah ayahnya dan kakaknya. Kemudian kami akan sama-sama membacakan tahlil yang diimamkan abah. Bulan puasa kami tidak meriah jika tidak puasa. Kerana sesiapa yang tidak puasa tidak dibenarkan menyertai yang lain untuk berbuka dan lebih menyedihkan mereka dikehendaki berada di beranda rumah sehingga 'acara' berbuka puasa tamat. Memang sejak kecil, abah memang tekankan tentang solat dan al-Quran. Ketika darjah 5 dan 6, sesiapa yang tidak khatam quran tidak akan dibenarkan mengikuti kelas malam di sekolah walaupun wajib. Guru kelas juka akan akur dengan arahan abah. Peraturan abah mampu 'overule' peraturan sekolah. Kagum kan.
Sekarang, semuanya hanya kenangan. Apabila jauh dari kampung halaman, seringkali aku rindukan alunan al-Quran dibaca abah selepas maghrib atau subuh. Semakin aku sedar tiada maknanya malu dan sadis kerana abah, tetapi malu dan sadis kerana mengingkari suruhan Allah. Tiada maknanyan kebebasan melakukan dosa, kerana sesungguhnya Allah melihat setiap masa. Sehingga detik ini, aku tetap kagum memiliki abah sebagai abahku. Sungguh.
Doaku,
Semoga Allah panjangkan pahalanya untuk abah,
bagi setiap huruf bacaan al-Quranku.
Semoga Allah gandakan barokahnya untuk abah,
bagi setiap sedekahku.
Semoga Allah cahayakan kubur abah kelak,
bagi setiap alunan al-Mulkku.
Semoga Allah murahkan rezeki abah,
bagi setiap syuruk dhuhaku.
Semoga Allah menjaga keselamatan abah,
bagi setiap mathurat ulanganku.
Semoga Allah kurangkan sakit abah,
bagi setiap selawat shifa' ku.
Semoga Allah gugurkan semua dosa abah,
bagi setiap sunnah amalanku.
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan abah, kurangkan kepayahan abah, jagakan kebajikan abah, penuhi keperluan abah, panjangkan umur abah, redhai dan rahmati hidup abah.
Abah,
semakin aku menginjak matang,
aku sedar abah tidaklah garang,
abah hanya miskin cara meluahkan kasih sayang.
Mohonku, agar dimaafkan setiap dosa perbuatan, dihalalkan makan minum, diredhakan setiap titis darah abah yang mengalir dalam jasad ini.
Selamat Hari Abah, setiap hari adalah hari abah.

Isnin, 6 Mei 2013
Kuatkuatkuat yang mencengkam ketat.
Pesan Imam Syafie "Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yangsedemikian setinggi-tinggi erti syukur."
Senyumlah kawan. Jihad kita tetap diteruskan. Perjuangan ini perlu bertahan.
Tenang. Allah-lah sebaik-baik perancang. Dia sedang merancang sesuatu yang berjuta kali lagi cantik dari sekarang.
InsyaAllah. Pada satu detik nanti, saat segalanya sunyi tanpa kata, airmata dan seluruh anggota ini akan bangkit menjadi pembela!
Lihatlah sahabat. Mentari masih keluar dari timur ke barat. Masa kita masih belum tamat. :)

Sabtu, 4 Mei 2013
Gelombang kebangkitan.
Isnin, 29 April 2013
Tenang. Malam indah.
Kita akan punya semangat yang super kuat bila kita dekat dengan matlamat yang tepat, bila kita tahu apa yang kita mahu, bila kita punya pencapaian untuk disasarkan. dan yang paling utama bila kita yakin bahawa kita punya Dia yang takkan pernah tinggalkan kita walau seketika, yang sentiasa ada di sisi saat yang lain tiggalkan pergi. Dia yang sentiasa sudi menerima walau betapa busuknya kita pada hanyir hamis dosa semalam.
Hati kuat, bertahanlah buat kesekian kali lagi kerana janji Dia itu pasti. Jangan pernah bersedih bila Dia menguji, tapi menangislah andai Dia tak lagi peduli. Nauzubillah.
Allahumma, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat yang mampu mendekatkan lagi kami pada indahnya redup rahmat cinta-Mu.
# Bismillah. Bukak drawing, senyum. Ini kalilah! Eh.

Rabu, 20 Mac 2013
matur-ed
Dear heart, please be matured,
Alhamdulillah, baru aku sedar dan faham erti matang. bukan hanya matang pada akal fikiran, tapi matang pada hati dan perasaan; apabila kehidupan ini dirasakan bukan lagi satu bebanan, malah satu peluang untuk merebut kehidupan yang sempurna di sana kelak, sebagai satu jalan menuju alam yang hakiki, sebagai tempat untuk mengingati semula bai'ah yang pernah kuungkap pada-Nya yang Maha Esa sebelum kelahiran ini.
Satu waktu dulu, seringkali aku lemah pada ujian dunia. Seringkali aku kalah, rebah tersungkur dalam permainan masa, dan seringkali takdir dan perjalanan masa dipersalahkan. ya Allah, betapa jahilnya aku untuk menyedari mehnah dunia ini.
dan, hari ini aku sedar, Dia letakkan aku dalam sesuatu ujian, agar aku kembali pada-Nya. agar aku sedar wujudnya Dia dalam setiap detik yang aku harungi ini.
"The most moment He loves me is when He put me in a test"
yes, i know that, now.
Sekarang, setiapkali ujian-Nya datang. aku masih mampu tersenyum, aku pandang langit-Nya yang meluas;
"Thanks Allah, thanks for always be with me. Thanks for care about me, Alhamdulillah, Syukur. InsyaAllah, dengan kekuatan yang Kau berikan ini, aku mampu bertahan untuk kesekian kalinya"
Ya, aku tak mampu menipu diri, aku tak mampu menahan mata ini dari terus menangis, ia adalah fitrah. tapi tidak lagi sebodoh dulu, tidak lagi menangis menangisi takdir.
pabila diri ini seolah tidak tertahan, aku akan mengadu pada-Nya dalam sujudku. menangisi kelemahan diri, menangisi lemahnya iman di dada ini dan. ku memohon sejuta kekuatan dariNya.
Dia letakkan aku di sini, pada waktu ini, pada ujian ini.
Dia memilih aku dalam juta-jutaan hambaNya, kerana dia tahu aku akan terus dan terus bertahan pada takdir yang Dia telah aturkan buatkan dengan penuh hikmah Yang Maha Bijaksana.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (QS. Al Baqarah {2} 286)

Practical. Kerjaya. Sahsiah.
Practical Training: Latihan kepada graduasi untuk menimba pengalaman bekerja di dalam industri sebenar.
dan pada aku, praktikal dalam kerjaya itu tidak sepenting praktikal dalam sahsiah. ya, aku sedang belajar keduanya, kala Allah memberikan aku peluang.
Sedia. Senyum
Sudah hampir 2 bulan. Alhamdulillah, aku bisa senyum di sini. Sebelumnya, seringkali aku cuba menjiwai sesuatu tempat agar aku bisa menelusuri jalan kehidupan yang sempurna. Namun di sini, tanpa perlu menjiwai, tempat ini sebenarnya sudah sesuai dengan jiwaku. Merungkai segala kegelisahan yang acapkali datang mengharu-birukan hati resah ini.
Dia berikan aku kekuatan kala aku terlalu lemah untuk melangkah.Dia berikan aku cahaya kesedaran pada kejahilan yang menghitamkan hari-hari gelapku. Dia letakkan aku pada tempat terindah untuk aku memulakan langkah, berpaut pada yang Maha Esa.
Sungguh, Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Dialah sumber segala kekuatan.
Sedia. Berubah
Pernah satu saat hati ini terdetik untuk berubah. Kulihat mereka-mereka di sekelilingku, yang sering mencerahkan hari-hariku. Bisakah aku bersama mereka di dunia yang satu lagi? Bahagia kah kita, atau terseksakah kita di sana?
Buat kesekian detik lagi,
Ku lihat cermin peribadi yang pada kiraanku kotor dengan cela. Bisakah aku untuk mengejar Firdaus-Nya, layakkah aku menikmati manisnya sungai susu madu? Adakah Tuhan bisa mengampun khilafku, adakah Tuhan mahu menerima insan kerdil yang hanyir hamis dengan dosa semalam ini menghuni syurga indah-Nya.
Terkedu, desahan kecil ini dijawab-Nya. Dia berikan insan-insan mulia di sisiku. Dia jauhkan penyebab permasaalahan ku. Dia letakkan sedikit deduri ujian agar aku bisa kebal dengan fananya dunia.
Sungguh, Dia Maha Mendengar lagi Maha Pengampun.
dan Dialah yang menggerakkan hati-hati ini.
Sedia. Bertahan.
Bersediakah aku untuk terus bertahan? Seringkali iman lemah pada kuatnya istiqomah. Kenapa perlu digali pada gelap lubang hitam yang pernah menjerumuskanmu ke lembah terdalam kehinaan? Kenapa masih meraba mencari nikmat sementara yang bakal membawa ke neraka jahanam? Kenapa masih dipegang pada tali-tali berduri yang akan melepaskanmu ke gaung kekecewaan. Kenapa masih dicuba meniti jambatan yang tajam itu sedangkan kau tahu betapa sakitnya andai kau jatuh. Kerana pada saat itu tiada lagi manusia yang selama ini kau panggil teman. kerana mereka akan membawa kaki pergi darimu, bimbang andai hemis hanyir itu bakal mengotori jubah mewah mereka. Dan pada kala itu kau akan berpaling mencari Kuasa yang selama ini kau ragui kehadirannya.
Sungguh, hanya pada saat kau rasa peritnya ujian, di saat itu kau akan tahu dan mahu mengaku.
Hua Allahu Ahad! Allahu Somad!

Langgan:
Catatan (Atom)