kawan

Sabtu, 25 Disember 2010

Serabut



Serabai.

Betollah.Se-minggu yang amat sangat membebankan mental dan fizikal bilamana kami-kami terpaksa men ‘tocer’ kan diri sendiri dengan assessment yang dah macam daun di musim luruh.sangat-sangat bersepah.

Kadang-kadang cemburu dengan kawan-kawan dari kos lain  dapat bersenang-lenang bergelak sakan menonton drama korea 18 episod sambil makan supering. tapi aku?burning the midnite oil sebab terpaksa siapkan nota-nota structure 1 dalam masa dua hari.belum dicampurkan dengan tutorial estimating yang macam ntah hape dan kerja-kerja persatuan yang agak mencuri masa.aku pun mahu tidur yang sempurna seperti merekamereka.mana hak aku sebagai manusia.  D:



Mata pun dah macam ibu panda yang berjaga malam dodoikan anak-anak diorang.Hmm,kalau diikutkan hati yang lara.kalau diturutkan jasad yang meronta.memang dah lama aku surrender angkat bendera pink.merangkak-rangkak hangkut semua kain baju balik kampung,jual cendol.

Tapi itu bukan aku.walaupun aku bukan jenisan manusia yang yakin dengan kebolehan sendiri,namun aku yakin aku kuat.aku yakin aku mewarisi kecekalan mama walaupun tak banyak.aku yakin dengan janji Sang Pencipta.aku mesti cekal.tabah bersemangat seperti  janji aku 3 tahun yang lalu.janji sebelum aku meninggalkan bumi Terengganu.janji untuk bawa balik sekeping ijazah yang mampu buat mama tersenyum riang seperti gadis kecil diberi gula-gula oleh abang hensem:D

Persoalannya.mampukah aku menunaikan janjiku?

InsyaAllah.selagi otak ini dapat berfungsi.selagi tangan ini boleh bergerak.selagi kaki ini belum tersungkur rebah,aku akan berusaha.HARUS.

Sebenarnya kalau difikirkan balik.dipusingkan minda melihat segala yang terjadi,aku tahu tersimpan sejuta hikmah di situ.hikmah yang hanya ku menyedari.hikmah yang buat aku tunduk menyerah diri di hamparan suci-Mu yang Esa.

.•  •.Thank you Allah for the rest of my life.







Tiada ulasan: