kawan

Rabu, 8 April 2015

kisah hati.

Adakala,
aku cuba menafikan mekar rasa
yang hadir bersama liku cerita.


adakala,
aku cuba palsukan ceria
aku cuba lumpuhkan deria
agar tertutup semua kisah lara
dan hilang bersama mimpi bahagia.


dan seringkali,
kupaksa pada diri untuk memenuhi tuntutan manusia
kupaksa pada hati agar dihilangkan kisah lama
kupaksa pada sihat akal agar menerima semua takdir dunia
kupaksa pada seluruh anggota agar mengikut rentaknya irama masa.


namun jujurnya
kisah hati dan cerita tentang gelojak rasa
kadangkala tidak seirama.


kerana hakikatnya,
cinta dalam keterpaksaan
buat aku lupa pada realiti kehidupan
yang semakin hari semakin dipinggirkan.
sedangkan cerita hati semakin hari semakin mati


........................................

dan kamu,
tinggalkanlah aku

bersama terkapainya mainan rasa
agar mekar yang mula terpupuk
kembali layu

dalam sunyi masa

layu dalam rasa sakit dan perit fana dunia.
layu dalam fitrahnya sang manusia.


dan biarkan aku,
kembali dihembus similir kenangan lama.

Tiada ulasan: