kawan

Ahad, 1 Julai 2012

Thanks GOD.

Seringkali ku harap bintang bergemelapan di malam hari, tapi Kau beri gelita tak bertepi,
Seringkali ku minta bunga yang cantik berwarna warni, tetapi Kau berikan kaktus yang tajam berduri,
Seringkali ku impikan kawan yang ceria menjadi peneman, tapi Kau berikan ulat bulu yang hodoh menggelikan,
Seringkali ku harap langit cerah menghiasi maya, tapi Kau beri guruh kilat berdentum bergema.
Seringkali ku minta agar lorong hidup yang ku lalui saban hari ini indah untuk ditelusuri, namun Kau letakkan duri-duri dugaan di sepanjang perjalanan.

sehingga,
aku kalah menangis.
aku rebah termengah.
aku sedih merintih.
aku merayu mencari kudrat
aku meraba mencari tempat berpaut
dan sebenarnya,
betapa aku sedar aku hanya sendiri.

dalam tercari-cari akhirnya aku mengerti,
dalam setiap keperitan yang kutempuhi,
rupa-rupanya tersimpan seribu siratan.
dalam gelita malam,
Kau hadiahkanku cahaya sang kunang-kunang.

dalam kaktus berduri,
Kau berikanku bunga kaktus mekar mewangi.

dalam hodohnya sang beluncas,
Kau hidupkan si rama-rama berwarna emas.

dalam gerunnya guruh bergema,
Kau keluarkan pelangi indah berwarna.

dalam kelamnya lorong hidup ini,
Kau bawa aku mengenal erti sebuah kehidupan,
Kau suntikkan aku ketabahan,
Kau tanam di dadaku kecekalan,
Kau hadiahkan aku sebuah kemenangan
satu kemanisan sebuah kejayaan.


terima kasih Tuhan,
Terima kasih kerana tunjukkan aku JALAN.

betapa aku sedar,
Kau jauhkan mereka dari sisiku,
agar yang ada hanya Kau dan aku.