kawan

Ahad, 11 Mac 2012

Tuhan-ku

Andai hilang cintamu pada-Nya
maka hilanglah cintaku padamu

Tuhan,
izinkan aku sentiasa di bawah lembayung rahmat-Mu
izinkan aku punya setia dalam mencari redha-Mu
azinkan langkahkugagah mengejar kemaafan-Mu
betapa aku hanya hamba lemah dalam memenuhi hari-hariku

Tuhan,
andai diri ini lemah, Kau tiupkanlah kekuatan-Mu
agar aku mampu berdiri megah dalam setiam rintangan yang lalu

andai hati ini resah, Kau tiupkanlah kebahagiaan-Mu
agar aku terus senyum menghadapi dugaan-Mu

andai nafas ini lelah, kau tiupkanlah kecekalan,
agar aku msih bisa berlari menelusuri jalan lurus-Mu

andai dada ini gelisah, Kau suntikkanlah ketabahan
agar aku tetap setia pada janji-janji-Mu

namun,
andai aku tersungkur rebah,
izinkan aku rebah di pintu syurga-Mu
agar masih ada peluang untukku
menikmati segala pemberian-Mu, Ya Rahim....

Ahad, 4 Mac 2012

Hati kelat

Tatkala bayu malam mencecah leka,
duniaku sunyi tanpa kata,
tanpa mata, telinga dan deria,
tubuh ini seolah kaku pada percaturan dunia,
masa penentu segalanya,
menjadikan aku seorang penanti yang setia,
yang sedia dipukul ganas gelombang,
menangkit kilat pekat memiat,'aku mungkin bakal rebah,
tersungkur jatuh ke dasar terdalam,
menggapai mencari ranting,
pada yang sudi menyambut.

semoga yang menyambut itu imam takdirku.

Sabtu, 3 Mac 2012

Izinkan aku berlari mengejar pelangi indah itu.

Saat gerimis berhenti,
kaki ini berlari mengejar pelangi,
tetap,
hati ini menidakkan realiti,
menganyam sebuah mahligai mimpi.

Saat pelangi indah itu mewarnai maya,
hati ini meronta mengocak leka,
pentas melepasi detik masa,
lihat,
kuasa sebuah matlamat nyata,
harga sebenar impian dan cita-cita.

Dan.
Bila sang mentari memancar garang,
bayang indah itu kian menghilang,
langkah kaki berubah tenang.

Dan.
Mimpi itu menjauh pergi,
Meninggalkan aku terkapai sendiri.

# Biarkan ilusi itu menghilang pergi, kerana kita punya realiti untuk dikecapi. :)

aku salah

salahku kerana gagal menilai
silapku kerana tak mampu mengenal
aku mungkin manusia yang tak sanggup menerima
aku mungkin hamba yang gagal dalam redha
pada silap salah sesuatu rasa

aku lelah pada aluran bergelora
aku kalah pada permainan masa
aku rebah pada percaturan dunia

buat hati kental, sabarlah
jangan sedih andai yang dirancang tak berjaya
jangan gusar andai apa yang dihajati tak terkena
kerana
perancangan Dia adalah yang Maha Sempurna
paling indah dan mulia.

senyumlah, pada takdir yang datang bertemu!