kawan

Jumaat, 26 Ogos 2011

makan

makan

makan

dan makan......

semenjak dua menjak ni asyik makan je. rajin pulak blogwalking tengok resepiresepi kat internet. ade yang disimpan lam fb's notein case lam lappy nyer ilang. baru2 ni teruja buat makanan jepun. disebabkan barubaru ni kempunan nak makan okonomiyaki yang kt jj wangsamaju tapi tak dapat, ha. semalam aku try buat satu. yang homemade punye. wahhhhhhh!!! teruja!

ni resepiresepi yang trytry sendiri sebab kt kawasan pekan kecik kat sini xde la hypermarket besarbesar nak beli bahan yang sepatutnye..

base:
1 cawan tepung gandum
sebuji telur
1/2 cawan air
(1/8) kubis yang dicincang halus macam nak buat coslow

topping:
sekeping daging burger (daging)
sekeping daging burger (ayam)
sosej
atau lain-lain
(sotong/udang/isi ikan/bebola ikut selera)
halia
bawang bombay
white pepper
black pepper

sos:
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu kicap
1/2 sudu kecik garam

+ mayonese

Caracara:

1. dalam satu mangkung besar, pukul sebiji telur, tambah air dan sedikit kicap kalau suka. pukul sebati dan tambah kubis yang sudah dicincang halus.

2. buat sos: panaskan sedikit minyak, masukkan semua sos dan kicap, tambah sedikit air kemudian gaul rata. tambahkan sedikit pepper ikut citarasa dan taburkan garam. bila gelegak, tutup api.

3. panaskan sedikit minyak masak dalam frying pan. tumis halia dan bawang besar hingga naik bau. masukkan daging beger yang sudah ditumbuk halus dan sosej yang telah dicincang. masukkan sedikit pepper dan goreng sehingga masak.

4. setelah masak bentukkan bulat dalam pan tadi dan masukkak adunan base di atasnya. bentukkan bulat seperti pizza.

5. agak-agak permukaan sudah mengeras, terbalikkan adunan. sebaik-baiknya terbalikkan menggunakan sebiji pinggan agar adunan tidak hancur dan kekal cantik.




6. setelah masak hidangkan di atas pinggan.ratakan dengan sos ke seluruh permukaan dan hias dengan mayonese. nak sedap taburkan seaweed powder, pepper, dried octopus dan red shrimp yang dicincang halus.



******lainkali nak buat takoyaki lak. tapi takde pan bulatbulat. tengah perah idea camane buat jadi bulat. tapi yang pasti kene cari seaweed dulu

Khamis, 18 Ogos 2011

cinta buatmu mujahidku

UHIBBUKA FILLAH:
andai hilang cintamu pada-Nya, maka hilanglah cintaku padamu

Carilah cinta Ilahi sebelum kau menggapai cinta ini,
Jadilah mujahid sejati dambaan kalbu putri duniawi..

puisi buatmu bakal mujahidku..

Wahai bakal mujahidku
Aku terlalu takut jika kau tidakku temui
Kerana aku sering dikelilingi
Cinta nafsu para pendosa
Aku terlalu takut
Jika aku turut serta bersama mereka
Menjadi penzina mengundang azab-Nya
Sungguh aku risau
Jika bukan kau yang aku temui
Tetapi adam disulami dengan cinta nafsunya
Mencuri hatiku yang mudah lentur dan luluh
Pada bicara kata

Wahai bakal mujahidku
Andai kau tahu
Sudah lama ku berusaha berjuang menjaganya
Hati yang lembut dengan bicara kata
Hati yang mudah terhadam dengan kata-kata cinta
Namun dengan-Nya, aku berdoa
Agar terbentengnya cinta mereka
Pada aku yang menjaga hati ini untukmu
Yang aku tunggu

Wahai bakal mujahidku

Bimbinglah aku bersamamu
Dambakan cinta Yang Maha Esa
Juga Rasul-Nya
Agar sama-sama kita merasa pahit
Mujahadah kerana-Nya
Menggapai syahid sehati sejiwa

Wahai bakal mujahidku

Tarbiyahlah aku dengan bicara kata Ilahi
Biar aku pedih hati
Asal aku sedar diri
Untuk bercinta dan bersamamu
Hanya kerana-Nya

Wahai bakal mujahidku

Jadilah kau kekuatanku
Jadilah kau pendorongku
Agar bertambah semangatku dan tekadku
Untuk sama-sama berjuang demi-Nya dan agama-Nya

Wahai bakal mujahidku

Sungguh aku dambakan cahaya mata
Menjadi tahfiz dan hafizah
Agar terasa damai apabila bersama mereka
Moga kau jadi abuya yang adil dan bijaksana
Mendidik mereka menggapai soleh dan solehah
Agar menjadi tinggalan kita

Wahai bakal mujahidku
Jangan kau lemah dalam perjuangan kita
Jangan kau damba fana yang sementara
Kerana itu buat kau kehilangan cintaku
Hilangnya agama padamu, hilanglah juga cintaku padamu
Hilangnya dambaan cintamu pada-Nya, hilanglah juga dambaan cintaku padamu
Kerana aku tidak rela berdamping dengan mujahid selemahmu
Dan lebih rela untuk aku pergi jauh darimu yang dambakan dunia fana

Wahai bakal mujahidku

Moga kau kan terima aku seadanya
Kerana aku hanya insan biasa
Yang ingin jadi luar biasa
Akan ku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Asal kita bersama meraih cinta kepada-Nya
Kau dan aku hanya kerana-Nya
Moga kita kan bertemu
Wahai mujahid sefikrah dambaanku

Wahai bakal mujahidku
Aku akan terus setia menunggumu
Aku akan terus menunggu saat itu
Saat kau menyuntingku sebagai suri hidupmu
Saat kau bukan lagi bakal mujahidku
Tetapi KAULAH MUJAHIDKU

Jumaat, 1 Julai 2011

BERS✔H-kan

iman
hati
minda
amalan
niat
ibadah
aqidah
ilmu
silaturrahim
masyarakat
persekitaran


maka BERS✔H segalanya


malas.sangat.

i miss the moment i struggled hardly.

oh laziness, please go away.

Isnin, 27 Jun 2011

hina

Kala ini…….

Sepi menghambat aku ke lembah dalam kelam sebuah nostalgia. Menghantui aku dengan hitamnya dosa noda lama.

Tuhan,

Saat tiada sesiapa dan apa-apa lagi di sisi, hanya Kau dan Aku… mengisi kekosongan malam diiringi merdunya rintik-rintik hujan tatkala sang mentari beradu. Aku tunduk pasrah pada segala ketentuan.

Seringkali hati ini lemah pada kerasnya dugaan. Betapa aku sedar kerdilnya seorang aku dalam menyahut ujian-mu Tuhan. Betapa aku seolah secebis debu hina di tepian jalan.

Seringkali aku sujud mengisi sepertiga malam-Mu, menangisi segala dosa laluku. Menyesali pada setiap kedegilan, keceluparan dan keegoan seorang aku pada besarnya kekuasaan-Mu.

Betapa aku gerun pada kemurkaan-Mu tuhan.

Bimbinglah aku ke martabat tertinggi seorang umat Muhammad. Isikan dadaku dengan ilmu-ilmu manfaat-Mu.

Ya Rabb,
Terima kasih atas setiap pemberian.
Terima kasih atas segala perancangan.
Terima kasih pada semua nikmat yang Kau limpahkan sehingga detik ini dan seterusnya, selagi denyutan nadi ini belum berhenti dan garis hayat seorang aku belum ternoktah.

Ya Alim.
Betapa cantiknya percaturan yang Kau lakar dalam setiap liku hidup makhluk-Mu ini. Dan aku masih insan hina yang tidak tahu malu untuk terus dan terus meminta pada kayanya Rahmat dan kekuasaan-Mu Tuhan.  

Ya Rahman.
Kabulkanlah setiap doaku, kabulkan doa Mamaku yang melahirkan aku di sini, kabulkan doa abahku yang membentuk aku menjadi aku,kabulkanlah doa setiap insan yang aku kasihi, kabulkanlah doa- doa orang di sekelilingku serta kabulkanlah doa-doa kami muslimin dan muslimat.

Ya Rahim,
Payungilah kami dengan redup rahmat dan barakah-Mu. Tempatkanlah kami bersama  Rasul-rasul, sahabat dan para solihin.

Amin.


Sabtu, 18 Jun 2011

You

You don't know what the future holds, but you know Who holds it.




Tuhan, tunjukkanlah jalan yang lurus.amin

Khamis, 16 Jun 2011

abah.

Selamat hari bapa abah.

Mungkin.aku sendiri lupa saat terakhir ucapan itu keluar dari lidahku sendiri dihadapan abah. Atau mungking sepanjang hayat hidup, manusia ini tidak pernah mengucapkannya. Aku lupa.


Tapi ketahuilah, setiapkali tiba masanya, kata-kata itu sering bergema dalam sekeping hatiku yang mati. 


Jujur.


Dan, setiapkali itulah mata degil ini minitis buat kesekiankalinya. Perlukah??


Seringkali. Aku seolah bedendam pada produk seorang aku. Aku benci pada diri yang mengalirkan darah kejam bengis seorang dia. Aku benci pada segala sifat buruk yang kuwarisi pada nama seorang abah. Jujur.


Aku manusia kejam yang dididik sebegini.


Dan setiapkali itulah kata-kata hati lembut yang kuwarisi dari mama  menolak segala kekejaman bengis yang banyak kulakukan dengan rasa sebuah penyesalan.


TUHAN. YA KARIM.


Aku manusia hina yang seringkali leka pada kekuasaan-Mu. Aku seolah lupa bahawa aku punya kamu yang seringkali ada pada setiap jatuh bangun aku. Bantulah aku meneruskan takdir yang telah kau corak dalam warna warni perjalanan hidupku.


Dan. Akan ku cuba untuk pasrah dan tabah demi menikmati manisnya Iman dalam setiap dugaanmu.


"Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."( At-Taghabun:11).


Dan sekali lagi


SELAMAT HARI BAPA ABAH. Terima kasi atas segalanya yang kau berikan.


 

Rabu, 4 Mei 2011

terima-kasih


Allah is so amazing. He forgives us of so much and gives us so much. I know there are times when I’ll forget to thank Him for something but right now I just want to say: Shukran Ya Allah.

Seperti pelajar IIUM yang lain, hati terus berdebar-debar menunggu detik jam 5 petang. Apakah yang bakal jadi?? Bagaimana harusku tunjukkan keputusan kepada mama kalau tak bagus?? Fikiran terus-terusan diganggau dengan andaian yang bukan-bukan. Aku tak sehabat mereka-meraka yang dikurniakan otak yang bijak. Aku hanya mengharapkan usaha semaksima mungkin untuk kubuktikan pada mama yang aku juga mampu menjadi lebih hebat dari abang kakakku.

Sebelum jam 5 petang lagi sudah ku cuba log in portal IIUM berkali-kali walau aku tahu negative. Manusia. Aku tahu bukan aku sahaja begini,normal kan??

Entah kali ke berapa juta, akhirnya Berjaya masuk.aku hanya tekebil-kebil. Keputusan setiap subjek tidak ku peduli. Hanya ku lihat GPA dan CGPA..Alhamdulillah ya Allah.

REMARK: Dean’s list

Sumpah, segala flashback penat lelah dugaan dan cabaran sepanjang semester hilang sekelip mata. Manisnya kejayaan selepas usaha. Aku hanya mampu bersujud mensyukuri kasih sayang Tuhan pada hamba-Nya yang dhaif ini.

 Terima kasih ya Rabb.

Alhamdulillah.

 Hanya engkau yang mentakdirkan segalanya.

 Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah………………..

Dan satu lagi yang membuatkan aku menangis dalam senyuman apabila mama ucapkan tahniah. Ya, hanya ini impianku. Hanya ini angan-angan ku.

Menjadi kebanggaan mama.

Setiap orang berbeza. Dan bagi aku bukan senang menjadi anak ke enam dalam kalangan adik beradikku. Mereka semua bijak dan berjaya. Kadangkala sifat mama yang sentiasa membandingkan kami membuatkan aku tertekan. Tapi aku tahu. Itu hanya motivasi buat kami, dan hanya ini yang aku mahu. Menjadi kebanggaan mama dalam kalangan kami.



Isnin, 18 April 2011

Cabaran



Dugaan.

Inilah hidup yang mesti aku perjuangkan. Semester kedua tahun pertama aku di IIUM, Gombak campus hampir sampai ke penghujungnya. Esok paper last; PRINCIPLE OF STRUCTURES 2. Serius aku perlu struggle kuat2. Aku dah pertaruhkan jamuan akhir sem aku semata2 subjek ni, killer subjek. Sumpah aku jeles tgk gambar classmates aku bersuka ria kat majlis BBQ tu. Sedangkan aku duk menghadap mendalah bertimbun ni. Aku tak pandai nak bahagikan masa. So, lebih baik aku playsafe and choose one. Ini hidup aku. Ini masa depan aku. Tuhan, aku hanya berserah kepada-Mu.

Macam biase, malam sebelum exam aku takkan berani tidur selagi aku rasa tak puas hati untuk ambik exam. Malam ni aku deal ngan kawan-kawan baik aku farah and wani; lepas habis study and hafal formula ni, kami akan buat sedikit discussion yang mana kami agak akan masuk esok and same-same bantu membantu yang mane lopong. Janji pukul 1 pagi , dan sememangnya kami anak melayu sejati yang tak boleh hidup tanpa nasi, akhirnya pukul 3.00 ++ pagi baru kami berdiscussing.

Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat kami kongsikan. Perbincangan tamat jam 5.30 ++ pagi dan kami bersetuju untuk tuggu solat subuh dulu sebelum melelapkan mata. Sementara tunggu subuh, kami menjamu biskut-biskut dan air nescafee sebagai alas perut.

Terpisat-pisat aku bangun dari tidur jam menunjukkan pukul 10 pagi. Tuhan, dugaan apakah ini. Aku ke bilik farah, dan melihat dia sedang enak dibuai mimpi.

 “Farah bangun farah, dah pukul 10, exam pukul 9” ternyata dia belum sedar dari alam maya. Aku terus ke bilik wani yang juga berkeadaan seperti farah tadi.

“wani bangun dah pukul sepuluh, exam pukul 9. Kita dah lambat” dengan respon berbeza wani terus mencelikkan mata dengan soalan

“alamak macamane ni??”

 “terus siap tak payah mandi lah”

Dalam perjalanan memecut motosikal ke dewan exam, aku tak berhenti menangis

“ya, Allah bantulah kami, permudahkanlah urusan kami”. Aku menangis dan terus menangis, jam 10.30 pagi mereka sampai, kami terus ke belakang dewan yang sunyi sepi kerana pelajar-pelajar lain sedang tekun mengisi kertas soalan. Dengan penuh berani, wani memanggil salah sorang penjaga dewan di situ agar panggilkan Pak Abu, lecturer kami. Selepas melihat wajah kami bertiga, lecturer berasal dari Bangladesh itu terus mengajukan soalan.

“what happen?”

“Sir, we just woke up from sleep, can we take the paper??”

Pak Abu meminta kami menunggu sebentar di situ, aku dah tak tau nak cakap ape, kami lambat sejam 30 minit. Dan peraturan di sini hanya membolehkan pelajar masuk dalam masa 30 minit lambat shj.
15 minit kemudian Pak Abu dating dengan kertas soalan di tangan, kami hanya dibolehkan menjawab dalam masa sejam 15 minit dan tamat seperti pelajar lain, pukul 12 tengahari. Alhamdulillah, what a miracle.

Sepanjang aku menjawab dengan tangan terketar-ketar, orang di sekeliling memandang. Dan memang kebiasaanku tak penah nak ambil peduli pada mereka di sekeliling kerana aku aku tak bersendirian. Hati aku terus dan terus memohon pertolongan-Nya.

“permudahkanlah segalanya Ya Rahman”

Lepas exam aku hanya tahu menangis dan terus menangis dalam bilik. Sendiri. Sorang-sorang.aku takkan menangis depan kawan-kawan aku. Aku mesti kuat depan meraka. Oh, hipokritkah aku??

Pengajaran terhebat sepanjang hidup aku.

Sabtu, 19 Februari 2011

mencari diri

aku hidup dalam langkah yang sering kugagah demi jutaan saham yang mama serah.
kejam-kah andai seringkali aku cuba memetik bunga-bunga kegembiraan tatkala penat mencari arah??

dan seringkali kuntuman-kuntuman segar itu layu di laman hati kerana aku tahu aku lalai dari realiti..


maaf-kan aku,mama.
aku tidak mahu menjadi seperti dia yang menambah luka pada parut-mu..
dan terima-lah segala usaha ku untuk-mu.

Isnin, 14 Februari 2011

hormat

Wahai manusia yang menjadi sebab aku di sini.
Ketahuikah kamu. aku manusia yang masih kenal pada tingginya garis hormat, masih sedar akan darjat seorang anak walaupun seringkali lupa pada satu perasaan bernama sayang yang tidak pernah tertanam pada dalam dasar hati.
Aku manusia yang sering gagal mengawal rasa tatkala hormat melebihi dendam.lemahkah aku pada pangkat antara kau dan aku?atau kejamkah aku pada manusia yang memberi peluang untukku menikmati kejamnya permainan dunia?atau ini memang percaturan yang ditempuhi kerana kamu dan aku berpegang pada darah yang sama walau kamu atau aku tidak pernah mengakuinya..
Kadangkala aku menyerah pada kenyataan yang sering ditolak tepi.

Apa lagi yang dikejar andai kasih itu sudah tiada.
Wahai manusia yang menjadikan siangku malam.
Maaf.aku bukan manusia taat yang mampu berpegang pada pada telunjuk ayah bonda.namun aku masih tahu akan rasa hormat.sering kalah pada hakikat.Walau sebenarnya kamu tidak layak menerima hormatku.!
Jangan diharap pada lukisan masa yang cuba kau lakar kerana kanvas silamku tiada warna kamu.

Rabu, 9 Februari 2011

pemilik cintaku selepas ALLAH dan RASUL <3<3<3

Isnin, 31 Januari 2011

cukup.-kah

pesan pada hati...jangan ada cemburu bila hati merindu..
pesan pada diri..jangan ada kaku bila jiwa membisu..

rindu pada angin lalu yang menampar lembut gebu pipi..rindu pada bayu yang menjadi saksi pada kedewasaan seorang aku..rindu pada kenangan rebah jatuh manusia hina ini...

guess what...?

rumah manis rumah...
cukup gembira melangkah memasuki teratak usang yang cukup-cukup sempurna pada hidangan mata manusia kerdil ini...cukup utuh cukup kuat...

cukup dengan segala macam kemudahan yang sukar kunikmati di sana..cukup tidur yang penting.cukup makan paling utama...mungkin..cukup dengan segala udara nyaman yang membuatkan aku khayal menganyam mimpi indah terbang ke bulan jauh..menunggang kuda putih bertanduk satu,mengejar pelangi yang nun jauh melangit..cukup indah.

cukup segalanya...

tapi cuma kurang satu,,,

hanya kamu dan aku yang tahu..

Rabu, 26 Januari 2011

sanah helwah ya abi

selamat hari lahir manusia agung yang pernah aku puja satu waktu dulu

jujur.hati ini PERNAH menyanjungi manusia bernama kamu.aku PERNAH bangga lahir dari hanyir airmu.tapi......itu dulu.

saat diri kerdil ini belum matang mengenal erti kehidupan.belum pernah merasai pahitnya getir perhitungan.saat kaki ini belum pernah tersungkur rebah dalam menilai dalamnya kebahagiaan.

dan sehingga satu saat dalam perjalanan sebuah pelarian.saat bila mata dan hati menjadi celik pada hakikat sebuah percaturan..detik dan saat itu menumbuhkan satu pohon benci pada dasar hati seorang waris ini..sehingga pernah hati ini terdetik kenapa manusia bernama kamu tertulis dalam takdir sejarah seorang aku.

takdir yang menghambat segala kegembiraan dunia remaja-ku.takdir yang menjadikan aku riang dalam tersungkur resah menangisi rebah.takdir yang menjadikan aku bukan lagi aku yang sering kau lihat berlari dalam tawa yang panjang,..aku yang sekarang manusia yang akan kau kesali mewujudkanya.

benar...kadangkala hati ini seolah memarahi pada kebenaran yang tercatat bahawa kau tergamak menjadikan mahligai yang kulihat utuh teguh satu ketika dulu sebenarnya terbina pada tanah serapuh awan..menjadikan aku kelu pada manusia bernama kamu yang mengenalkan aku pada derita..

tapi biarlah..sejarah menjadikan aku gagah menempuh kejamnya perhitungan dan mengajar aku menghargai nikmatnya kurniaan..

abah...semoga kamu bahagia dengan kehidupan yang kau sendiri corakkan..dan terimalah aku sebagai salah satu warna yang pernah kau lakar..

Khamis, 20 Januari 2011

mati.hidup

mati.

hati ini seolah sudah tertutup pada nikmatnya hidup.

dah lame ditinggalkan laman bisu ini.hati seolah sudah berat memikul beban yang tak terluah.jujur.manusia tidak pernah puas dalam gagah meredah hidup.seolah tidak kenal apa itu cukup.

penat.

penat dengan segala bagai yang menjadikan aku lupa untuk berpaling pada mereka di sekeliling.penat sehinggakan aku lupa untuk tunduk melihat pada tapak yang aku langkah.penat sehingga aku leka mengejar yang berlari,tapi lupa pada yang  menanti.dan inilah erti hidup yang ramai manusia kecundang dalam deras arusnya.
kadangkala aku terlalu leka memuja pada indahnya biru awan,namun lupa pada tenangnya hijau rumput.dan aku mencari-cari pada sesuatu yang menarik lebar senyum bibir demi menyeka jatuhnya titik mutiara mata.dan aku rebah dalam menggapai terang cahaya-Nya.Rabbi,di manakah kekuatan itu.

hati ini sering berbisik"nikmat apakah yang ingin kau berikan di sebalik dugaan besar ini"
dan itu-lah kata-kata penguat semangat yang menjadikan manusia bernama aku berani berlari-lari melakar indahnya ilusi.

dan.buat kesekian kalinya aku mengaku aku bukan manusia mulia yang mampu tahan pada resahnya aman.aku manusia yang terkapai-kapai mencari tangan yang sudi menghulur.

aku mencari erti bahagia hakiki.
tuhan,tarik-lah langkahku mendekati tenangnya redup redha-Mu.aku pasrah pada setiap yang kau takdir-kan.walaupun seringkali aku gagal dalam kejinya percaturan
p\s:hye..meet may little chubby baby named, doFi

Rabu, 12 Januari 2011

manusia....!

seringkali aku cuba mencari
setitik jerih dalam peluh lelahmu
secebis perih dalam penat wajahhmu
sedetik kasih dalam banyak perlakuanmu

namun
aku hanya terjumpa
segaris benci pada hati yang mati
sebaris dendam pada hati yang hitam
hati yang kau siram dengan suramnya mesra
hati yang kau baja dengan kasarnya suara
hati yang kau pupuk tanpa rasa cinta

manusia....!
anakmu ini membesar tanpa lembutnya belaianmu
tanpa indahnya kasihmu
tanpa brgunanya teguranmu
tanpa bernilainya pertolonganmu
aku seolah tidak pernah mengenali insan bernama kamu

manusia....!
terimalah ini benih yang kau baja dulu.
mengertilah ini wajah yang kau kalih dulu
ketahuilah.....
pipi ini sudah kebal pada keras kasar telapak jarimu
hati ini sudah tiada gentar hormat pada lelaki bernama kamu

manusia....!.satu pintaku
andai masih tersemat setitik kasih pada warismu 
andai masih mengalir hanyir darahmu dalam jelek tubuhku
titipkan sekeping doa agar hati ini layu
agar hati ini tahu bahawa aku punya kamu
sebelum kau atau aku pergi bertemu Dia yang Satu.

Selasa, 11 Januari 2011

bayang.

pada tenung yang tenang.
aku terkenang pada bayang yang menjauh hilang.

pada sakit yang jatuh dan sepi dalam berdiri.
pada sekelumit bahagia yang datang hanya sebentar cuma.
pada secebis hormat bangga saat detik jam tergendala.
pada segala damai yang tinggal hanya sengsara.

wahai masa yang merubah ruang.
aku kah itu yang gembira berlari dalam riang,
akukah itu yang sering bermain sepanjang siang,
akukah itu yang terlalu leka dalam terang,
aku kah itu yang banyak ketawa mengisi tenang?

dan aku sehingga kini menggapai bayang yang menghilang
dalam pekatnya cahaya yang menyuluh terang.

sesekali bayangan kelam itu singgah di laman fikiran.
dan aku seolah mencari celanya perhitungan.
disini-lah jatuh bangun aku

Ahad, 9 Januari 2011

syukur

alhamdulillah.
mungkin.berkat doa dia yang banyak menyuntik kecekalan dalam lemahnya kekuatan.aku mampu lagi memberi senyuman dan kegembiraan palsu pada mereke sekeliling.aku masih lagi mampu menipu demi kemungkinan yang sukar dimengertikan.menutup akar umbi yang tersirat.

demi setitk ketabahan.
aku tidak mahu pandangan cela atau simpati datang menyinggah.aku mahu mereka mengenali aku pada apa yang terzahir.pada apa yang jujur pada pandangan..pada jelek wajah kusam ini.biarlah ini yang tergambar pada corak ingatan.

biarlah.
jika sampai satu saat mereka akan mengerti pada pincangnya jalan yang aku lalui.dan terimalah aku pada cacat yang terselindung di sebalik senyuman gula ini.

aku bukan lagi aku yang pernah tersenyum malu memendam rindu.
aku kini aku yang penuh kejam dendam dalam memburu..
aku mungkin menjadi mimpi ngeri dalam tidur lenamu.
aku mungkin aku yang kau tak mungkin ketemu dalam realiti duniamu.

Ya Karim


ya A'lim

ternyata.
keseorangan merindukan aku pada indahnya barakah-Mu
kesunyian mendekatkan aku dengan mulianya kebesaran-Mu
kepayahan mendambakan aku akan harumnya rahmat kasih-Mu

dan pasti..
kesulitan kali ini menjadikan aku sedar
betapa kelamnya lorong langkahku memerlukan cahaya ilmu-Mu
betapa hausnya kering dadaku dahagakan lautan ilmu-Mu
betapa nestapanya hina darjatku sebagai makhluk-Mu

terangi aku ya ALLAH

andai keseorangan ini membuatkan aku selangkang menghampiri redup tenang bayang-Mu
aku rela.bersendirian.selamanya.

++++
dan betapa aku sedar aku punya kamu di saat silapnya perhitungan dalam kejinya percaturan hidup ini

Sabtu, 8 Januari 2011

lemah.lagi

aku merenung pada kelam malam yang panjang..dah dua hari sakit kepala kena hujan tak berenti..tak salahkan hujan yang turun membawa rahmat.aku salahkan diri sendiri yang lemah dalam kejamkejinya kehidupan..dua hari lepas permohonan pindah bilik diluluskan.dan dalam hujan lebat yang garang,aku pindahkan sedaya yang boleh.dan aku bukan keseorangan.
terima kasih buat kawan yang menghulurkan tangan saat kaki lemah untuk berjalan.

dan bermulalah dua hari yang menjadikan sakitnya hati dalam membenci.astaghfirullah,jahatnya hati.tapi aku tak mampu nak menafi.mungkin ini ujian agar menghargai banyaknya nikmat tuhan.agar aku kuat dalam perjalanan.agar aku sedar akan tiris-tiris pada hebat kuat yang sering dipuji..

namun, mulut ini sering berceloteh bergumam sendirian memburukkan dia yang tak pernah letih mencari tempang cela seorang aku.aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku.masing-masing ada piggir kain sendiri dan mengapa perlu menjeling melihat rabak koyaknya kain aku..damn!.biarlah selagi tiada siapa mendengar.aku belum berdosa bukan?

dalam resah kehidupan, aku sering mengharapkan doa mama mengiringi perjalanan.menyunting setitik tabah dalam miskinnya kekuatan.

aku lemah.aku mahu kuat macam mama.


rapi.erat.kuatketat.


Seringkali hati ini mencari damai dalam retaknya sebuah mahligai:

Jujur.
 Aku bingung kesunyian.
 Aku manusia yang terlalu miskin pada kayanya kebahagiaan.terlalu naïf dan daif pada mahalnya kemesraan.aku tercari-cari pada pangkal kedamaian yang hilang atau mungkin tidak pernah tertunas.
 Bisu........

Seringkali hati ini terteduh pada awan serapuh dahan:
 Jujur.
 Aku menangis tanpa alasan.
 Aku manusia yang sesat pada terangnya batil saat hati terlalu leka pada yang terzahir.bilakah patut ditampal cela itu andai kecacatannya tak pernah disedari.dimanakah patut dicari tempangnya andai kemesraan tak pernah hadir.
 Buta.……..

Seringkali ,
 Aku terleka pada damai bayu yang sementara.
Aku rebah saat sang mentari memanah cerah.
Aku kecundang pada langkah yang datang menghalang.
Sehingga sampai satu saat dalam titik hidup sebuah hayat.
Aku tersungkur  akur pada ketuk yang menukul.

Jujur.
 Akal pendek ini sering mencorak impian dengan indahnya tarian kalam.Melakar angan-angan liar terbang merentasi sempadan mimpi, berjuang menutup sempurna  tiris garis pada setiap sudut pengalaman.
 ……pekak.

Seringkali dan seringkali dan seringkali.
 Harapan itu hanya tinggal harapan pada takdir yang membungkam.
Aku pasrah pada rahsia yang tersemat rapi.erat.kuatketat.

Khamis, 6 Januari 2011

sahabat.

Sahabat.
Kau kenal aku pada senyuman yang terlakar.
Kau lihat aku pada cekal tabah yang membakar.
Kadangkala, senyuman dan ketabahan itu luntur pada pinggir segaris cebis.
Dan ketahuilah, itu lumrah yang terlakar pada sisi perjalanan sebuah perkenalan.

Sahabat.
Kita mengenali pada tali yang terjalin rapi.
Pada erti yang melambai dan membalas mesra.
Kita bersahabat atas dasar sebuah persahabatan.
Pada erti yang menghulur dan menyambut erat.

Sahabat.
sekalipun titi besi juga tak selamanya kukuh ketat.
Pada saat celanya sebuah percaturan.
Hati sering terguris pada hasadnya dendam terpendam.
Mata sering  terhakis  pada tempangnya hitam bayang.
Dan mengertilah, itu adat yang yang lemas pada dasar kehidupan sebagai teman.

Sahabat.

Walau selama manapun kita bersahabat,
Kau tak mungkin tahu,
Betapa hati ini kontang akan damai kasih yang melata.
Betapa dada ini basah akan sendu yang meronta.
Kau tak mungkin pernah sedar,

pada kemas rapinya sebuah rahsia.
Pada perit gerihnya setangkai sengsara.
Pada pahit maungnya sekelumit derita.
kerana aku punya rasa pada hina cela
kerana aku punya bakat menutup yang tetutup 
dengan palsunya girang riang yang tak terduga

Namun sahabat.
Aku tetap sayang cinta rindu kamu.
Kerana aku ada kamu dalam percaturan  persinggahan ini.
Kerana aku dan kamu  adalah satu.

seringkali.

Seringkali hati ini mencari damai dalam retaknya sebuah mahligai:

Jujur.

Aku bingung kesunyian.

Aku manusia yang terlalu miskin pada kayanya kebahagiaan.terlalu naïf dan daif pada mahalnya kemesraan.aku tercari-cari pada pangkal kedamaian yang hilang atau mungkin tidak pernah tertunas.

Bisu........

Seringkali hati ini terteduh pada awan serapuh dahan:

Jujur.

Aku menangis tanpa alasan.

Aku manusia yang sesat pada terangnya batil saat hati terlalu leka pada yang terzahir.bilakah patut ditampal cela itu andai kecacatannya tak pernah disedari.dimanakah patut dicari tempangnya andai kemesraan tak pernah hadir.

Buta.……..

Seringkali ,

Aku terleka pada damai bayu yang sementara.
Aku rebah saat sang mentari memanah cerah.
Aku kecundang pada langkah yang datang menghalang.
Sehingga sampai satu saat dalam titik hidup sebuah hayat.
Aku tersungkur  akur pada ketuk yang menukul.

Jujur.

Akal pendek ini sering mencorak impian dengan indahnya tarian kalam.Melakar angan-angan liar terbang merentasi sempadan mimpi, berjuang menutupsempurna  tiris garis pada setiap sudut pengalaman.

……pekak.

Seringkali dan seringkali dan seringkali.

Harapan itu hanya tinggal harapan pada takdir yang membungkam. Aku pasrah pada rahsia yang tersemat rapi.erat.kuatketat.

Sahabat. Teman

Sahabat.
Kau kenal aku pada senyuman yang terlakar.
Kau lihat aku pada cekal tabah yang membakar.
Kadangkala, senyuman dan ketabahan itu luntur pada pinggir segaris cebis.
Dan ketahuilah, itu lumrah yang terlakar pada sisi perjalanan sebuah perkenalan.

Sahabat.
Kita mengenali pada tali yang terjalin rapi.
Pada erti yang melambai dan membalas mesra.
Kita bersahabat atas dasar sebuah persahabatan.
Pada erti yang menghulur dan menyambut erat.

Sahabat.
Mahupun titi besi juga tak selamanya kukuh ketat.
Pada saat celanya sebuah percaturan.
Hati sering terguris pada hasadnya dendam terpendam.
Mata sering  terhakis  pada tempangnya hitam bayang.
Dan mengertilah, itu adat yang yang lemas pada dasar kehidupan sebagai teman.

Sahabat.

Walau selama manapun kita bersahabat,
Kau tak mungkin tahu,
Betapa hati ini kontang akan damai kasih yang melata.
Betapa dada ini basah akan sendu yang meronta.
Kau tak mungkin pernah sedar,

pada kemas rapinya sebuah rahsia.
Pada perit gerihnya setangkai sengsara.
Pada pahit maungnya sekelumit derita.
kerana aku punya rasa pada hina cela
kerana aku punya bakat menutup yang tetutup 
dengan palsunya girang riang yang tak terduga

Namun sahabat.
Aku tetap sayang cinta rindu kamu.
Kerana aku ada kamu dalam percaturan  persinggahan ini.
Kerana aku dan kamu  adalah satu.

Rabu, 5 Januari 2011

berbeza mungkin

jangan pernah cuba dekatiku

kerana aku bukan lagi aku yang pernah memendam rindu
aku sekarang aku yang penuh dendam cemburu.

padu!

ya Karim

ya A'lim

ternyata.
keseorangan merindukan aku pada indahnya barakah-Mu
kesunyian mendekatkan aku dengan mulianya kebesaran-Mu
kepayahan mendambakan aku akan harumnya rahmat kasih-Mu

dan pasti..
kesulitan kali ini menjadikan aku sedar
betapa kelamnya lorong langkahku memerlukan cahaya ilmu-Mu
betapa hausnya kering dadaku dahagakan lautan ilmu-Mu
betapa nestapanya hina darjatku sebagai makhluk-Mu

terangi aku ya ALLAH

andai keseorangan ini membuatkan aku selangkang menghampiri redup tenang bayang-Mu
aku rela.bersendirian.selamanya.

dan betapa aku sedar aku punya kamu di saat silapnya perhitungan dalam kejinya percaturan hidup ini
++++mood:siapkan procurement laju-laju.

Selasa, 4 Januari 2011

menangis.dalam.hati

mama

andai lena-mu terganggu di sana.
ketahuilah
itu adalah hembusan rindu-ku
pada peluk cium
dan kudus sujud doa-mu
selalu

Ahad, 2 Januari 2011

dua ribu sebelas

hai kawan baru.
selamat datang jangan segan silu.

bagaimana dengan dua hari-baru mu.
cukup perisa?pahit masam semanis madu
cukup warna?hitam putih atau kelabu
harapanku.semoga kamu baik-baik selalu

kamu.
satu pinta pohon-ku
harap jangan terlalu kejamcemburu.
kerana aku amat letihlesu
dengan mainan helah muslihat-mu
sepanjang musim lalu. :C

sepi

bisikku pada alam.
kembalikan temanku.
senyumku.riangku.

tanpa mereka suram menemaniku.
kelam memelukku.

alam,
jangan biarkan bulan itu menjauh menghilang
seperti hari-hari lalu-ku.tanpa malam











mereka teman yang menemani jatuh bangun perjalan seorang musafir bernama aku.