kawan

Isnin, 6 Mei 2013

Kuatkuatkuat yang mencengkam ketat.

Pesan Imam Syafie "Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yangsedemikian setinggi-tinggi erti syukur."

Senyumlah kawan. Jihad kita tetap diteruskan. Perjuangan ini perlu bertahan.
Tenang. Allah-lah sebaik-baik perancang. Dia sedang merancang sesuatu yang berjuta kali lagi cantik dari sekarang.
InsyaAllah. Pada satu detik nanti, saat segalanya sunyi tanpa kata, airmata dan seluruh anggota ini akan bangkit menjadi pembela!

Lihatlah sahabat. Mentari masih keluar dari timur ke barat. Masa kita masih belum tamat. :)

Sabtu, 4 Mei 2013

Gelombang kebangkitan.


Kata Hassan al-Banna:
Dalam setiap kebangkitan, Pemuda adalah rahsia kekuatannya.
Dalam setiap fikrah, Pemuda adalah pengibar panji-panjinya...

Selamat Berjuang :)

4/5 Greenwood. Gelombang kebangkitan.