kawan

Ahad, 24 Mei 2015

lemah

Maafkanlah
Kerana tempang Cinta ini.
Buat kamu terasa dibuli.

Sungguh.
Maafkanlah.
Maaf.

Saya sedang berusaha sekuat jiwa
Untuk lenyapkan setiap desahrasa

.
.
.
InsyaAllah, satu Saat nanti.
Kamu bakal bebas.
Dengan apa mahu kamu.
Dengan sesuka rasa kamu.

Saat itu tiba,
Saat aku sudah tidak berhati jiwa 

Biarkan Cinta ini pergi
Pada yg tahu menghargai.


Yamhullah hu ma yasya'
Yamhullah hu ma yasya'
Yamhullah hu ma yasya'


Selasa, 19 Mei 2015

belajar

Jujur.
Aku sedang belajar matikan deria
Aku sedang belajar jarakkan antara cerita hati dan realitinya dunia.


Tuhan
Izinkanlah aku terus hidup tanpa rasa.
Seperti masa-masa lama.


Isnin, 18 Mei 2015

lupuskan

Yamhullah hu ma ya sya'
Yamhullah hu ma ya sya'
Yamhullah hu ma ya sya'


.
.

Maha Agung Pemilik Arasy
ku pohon dari segenap jiwa
buangkanlah setiap desahrasa

buangkan setiap kuntuman deria
hapuskanlah setiap nadi cinta

supaya suasana hati lebih tenang damai
tanpa sakit kecewa.


.
.
Maafkanlah
Kerana cinta itu  melemahkan
Kerana cinta aku penuh kelemahan.
.
.
.
P/s: kenapa kita manusia perlukan cinta
Sedang kita hidup mencari cita





Jumaat, 8 Mei 2015

berhenti

Berhentilah.
Menjadikan manusia itu dunia.
Sedang kau tidak punya siapa-siapa.
Sedang kau sendirian cuma.

Berpijaklah pada nyata bumi.
Dongaklah pada tinggi langit.

Yang ada
Hanya kamu dan di atas sana.
.
.
.
.
.
.
berhentilah sayang.

berhenti.