kawan

Jumaat, 28 Februari 2014

ALFATIHAH: Tok Wan

Kecik kecik dulu tokwan cakap kalau nampak kucing makan rumput, jangan kacau. Sebab kucing tu sakit perut. Dan rumput tu ubat dia. Subhanallah. Hebat kan fitrah yang Allah ciptakan ni. Tiba-tiba rindu tokwan. Al-fatihah, semoga tokwan bahagia di sana.


Alfatihah.


Khamis, 20 Februari 2014

CERITA CITA


Cerita cita-cita yang diteruskan.

Dalam gelap menjejak alur cahaya.
Dalam derap langkah sang musafir.
Dalam rasa kerdil yang ditinggal lautan ilmu.
Dalam jutaan campurbaur rasa yang tak terucap deria.



Aku hanya hamba yang menagih setitis ilmu untuk bertarung pada mehnahnya dunia.



The smell of book that i have missed.