kawan

Jumaat, 31 Disember 2010

kamu.

Jangan kamu cari aku, biar berapa lama parah lukamu
jangan kamu pandang aku, biar berapa lama kamu mahu berpaling padaku
jangan kamu senyum padaku, kerana aku pun pandai marah cemburu
jangan kamu dustakan aku, kerana aku ini bukan angan liarmu
jangan kamu titip bencimu, kerana aku juga tiada sudi padamu
jangan kamu lihat malangku, kerana aku juga nampak buruk bayangmu

Kamu lihat dalam ribuan warna kanvas usangku?
tiada satu pun warna itu milik kamu
kamu tiada layak bahagia kerana fitnah bertalu
bacul amat suaramu sedang kamu hilang malu
siapa salah kini? tiada mahu mengaku akan kamu?

Kini bila sudah terang nampak akan benarku
kamu harus datang dan hulur tanganmu
mohon ampun padaku akan segala silap dan onar
kerana kamu ini sekarang tiada siapa lagi dengar
bertahun tahun kamu bakar hati ku , ikut aku 
hari ini aku tamatkan, langkah kamu kini kaku
jangan kamu ganggu aku, benci amat aku pada jasadmu

+++++++berfalsafah hanyut

dua ribu sepuluh

Life isn't about waiting for the storm to pass... It's about learning to dance in the rain.

☆☆░░ HAPPY NEW YEAR !! ░░░ ☆☆

☆☆♥░▓▓▓▓▓░░░░▓▓▓▓▓░░░▓▓░░░░▓▓░♫░☆

☆☆░░░♫░░▓▓░░▓░░░░░▓░▓▓▓░░░▓▓▓░♥☆☆

 ☆☆░░♥░░░▓▓░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░ ▓░♫☆☆

 ☆☆░♫░░▓▓░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♫░☆☆ 

☆☆░░░▓▓░░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♥░☆☆

☆☆░♥▓▓░░░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♫░☆☆

☆☆♫░▓▓▓▓▓▓░░░▓▓▓▓▓░░░▓▓▓░░░▓▓▓ ☆☆☆



2010.

sekarang kau beransur pergi.bersama seribu satu luka dalam yang tercalar.tanpa dendam dan hasad,kau membawa pergi jauh hitam putih kehidupan seorang anak remaja menelusuri masa.

dan.2011 itu.

masih sabar menahan tunggu menghitung detik jam untuk menjengah dunia manusia..berbekal sejuta pahit manis kematangan untuk dinikmati ditangisi sekalian makhluk bumi.

dan...ada apa dengan tahun baru dalam hidup manusia bergelar aku?di mana kegembiraan yang sering uar-uar-kan bilamana percikan bunga panas itu berdentam-dentum menggegarkan nyenyak si kecil.menjatuh gugur si jantung hati..dan aku tetap terkaku beku merenung kelam.

apa erti baru dan tahun itu bagiku?impian setinggi awan yang tak tergapai tangan?kawan yang sering bertukaran kerana manusia tak pernah kenal setia?makanan yang kerapkali tak bercukupan dan kadangkala dibazirkan?pelajaran yang sering meninggalkan aku jauh tersadung tak terkejar?atau mungkin azam yang selalu di'tongsampah'-kan tatkala kaki kelu untuk melangkah..?

.diam.pasrah.bilamana mata pena tercucuk sendiri.

di segenap kepala manusia seorang aku seringkali berkata, 'ada apa dengan harapan kalau semangat jarang dibakar'

dan begitulah berterusan untuk kesekian ratusan tahun.manusia-manusia tetap tidak jemu membina harapan..termasuk aku!

Khamis, 30 Disember 2010

masa dan pengalaman

masa mentakdirkan aku di sini.bersendirian di dalam dunia yang tidak pernah di-bayangkan...kadangkala tubuh ini lemah layu tersungkur mencium bumi.kadangkala  manusia ini megah berdiri mendongak awan..masa menjadikan aku insan yang tidak pernah berhenti untuk bertatih.walau sering kali kecundang dalam laluan perjalanan,kaki ini tetap utuh merangkak mencari sinar harapan.meraba-raba dalam kegelapan.menantikan cahaya petunjuk untuk di bawa ke penghujung yang bersinar...terang.

pengalaman.telah membawa sekeping hati ini pergi.pergi sejauh yang mungkin,hilang lenyap dari pandangan.hati yang luka berdarah nanah.hati yang disakiti,di-caci di-maki.dan pengalaman itulah membawa insan cengeng ini mengenali erti kecekalan. ketabahan. keberanian... berani melangkah mengenal dunia realiti.berani berlari menjauhi dari sang mereka.berani terjun ke lembah yang dalam sedalam yang mungkin.mencari sebiji mutiara jernih.yang tidak pernah dikotori.

masa dan pengalaman menentukan siapa aku hari ini..dan aku,berbangga menjadi aku..yang tidak punya hati!
walaupun satu waktu dulu,saat tiada siapa di sisi.mata ini basah sembab menangis..menangisi kekhianatan manusia yang paling dikagumi satu waktu dulu,saat dia menjadi idola pemangkin cita-cita si gadis kecil yang baru pandai menulis abjad.menangisi kegoyahan sebuah mahligai serapuh kaca.menangisi penderitaan manusia paling agung yang pernah dikenali...menangis.menangis dan terus menangis..


dan mata ini terus menangis menyesali segala tindakan yang diambil tanpa fikiran ke dua.menangisi kaki yang tersadung rebah meneliti hari yang berliku.menangisi pemergian kawan yang berjanji segala bagai seronok riang bersama tetapi ditinggalkan terkontang terkangkang terkucil keseorangan..menangisi sekeping hati yang ditikam direnyuk robek sahabat sendiri.menangis tanpa pernah jemu..dan mata ini tetap setia menjadi saksi saat kerebahanku,bersusah payah sehabis kudrat untuk kembali berdiri walaupun tanpa tangan yang memapah memimpin.


namun kini..mata ini seolah-olah sudah tidak bertelaga.merenung segalanya tanpa secebis rasa..kerana masa dan pengalaman itulah telah mematangkannya,menyembuhkan segala luka nanah dan membawa pegi seluruh jiwa..yang tinggal hanya sekeping jasad tanpa hati..dan aku,sudah kembali bangun berdiri untuk meengejar masa depan yang bakal tertulis..pasti,,masa juga akan mentakdirkan aku bertemu lagi dengan sang mereka.dalam situasi yang tak pernah disangka...dan aku harap saat itu.hati aku juga masih tiada.seperti hari ini.''
 god,your bless is my drug
your love is my oxygen...

ter..tekan

aku.manusia yang hidup saat insan lain hanyut melayari mimpi indah semanis madu..aku manusia yang terkangkang terlunjur menyiapkan segala kerja di waktu dinihari tatkala insan lain nyaman dibaluti selimut sutera selembut kapas....

aku.masih di sini.di bilikku yang dulu kuanggap bagai sebuah taman indah.seindah alunan lagu tema katun sailorm0on.dan....aku seolah-olah si pelayar bulan yang dilarikan sang lelaki bertopeng ke hujung dunia,menjejaki sebuah syurga seharum mawar.lalu diberikan kucupan hangat dibawah cahaya bulan yang bersinar kelam..dan...itu dulu

mimpi yang menjadi pendorong tidur untuk bertemu sang pemilik hati.mimpi yang menjadikan aku bangun bersemangat meneruskan hari-hari yang mendatang dengan.tabah!


tapi kini..bilik ini seolah-olah penjara yang mengurung jasad tetapi membiarkan rohnya berterbangan mengejar kenangan.

dan jasad itu.....tekun kaku mengadap segala macam kerja-keja yang tak pernah kenal habis.meneliti bait-bait tinta yang di lakar terhanggukhangguk dalam hall..tanda 'terlalu paham' dengan pelajaran yang diajar..abjad-abjad yang kekadang terherot ke kanan.kadangkala terpesong ke kiri.

dengan mata yang 98% tertutup................

Sabtu, 25 Disember 2010

Serabut



Serabai.

Betollah.Se-minggu yang amat sangat membebankan mental dan fizikal bilamana kami-kami terpaksa men ‘tocer’ kan diri sendiri dengan assessment yang dah macam daun di musim luruh.sangat-sangat bersepah.

Kadang-kadang cemburu dengan kawan-kawan dari kos lain  dapat bersenang-lenang bergelak sakan menonton drama korea 18 episod sambil makan supering. tapi aku?burning the midnite oil sebab terpaksa siapkan nota-nota structure 1 dalam masa dua hari.belum dicampurkan dengan tutorial estimating yang macam ntah hape dan kerja-kerja persatuan yang agak mencuri masa.aku pun mahu tidur yang sempurna seperti merekamereka.mana hak aku sebagai manusia.  D:



Mata pun dah macam ibu panda yang berjaga malam dodoikan anak-anak diorang.Hmm,kalau diikutkan hati yang lara.kalau diturutkan jasad yang meronta.memang dah lama aku surrender angkat bendera pink.merangkak-rangkak hangkut semua kain baju balik kampung,jual cendol.

Tapi itu bukan aku.walaupun aku bukan jenisan manusia yang yakin dengan kebolehan sendiri,namun aku yakin aku kuat.aku yakin aku mewarisi kecekalan mama walaupun tak banyak.aku yakin dengan janji Sang Pencipta.aku mesti cekal.tabah bersemangat seperti  janji aku 3 tahun yang lalu.janji sebelum aku meninggalkan bumi Terengganu.janji untuk bawa balik sekeping ijazah yang mampu buat mama tersenyum riang seperti gadis kecil diberi gula-gula oleh abang hensem:D

Persoalannya.mampukah aku menunaikan janjiku?

InsyaAllah.selagi otak ini dapat berfungsi.selagi tangan ini boleh bergerak.selagi kaki ini belum tersungkur rebah,aku akan berusaha.HARUS.

Sebenarnya kalau difikirkan balik.dipusingkan minda melihat segala yang terjadi,aku tahu tersimpan sejuta hikmah di situ.hikmah yang hanya ku menyedari.hikmah yang buat aku tunduk menyerah diri di hamparan suci-Mu yang Esa.

.•  •.Thank you Allah for the rest of my life.







Isnin, 20 Disember 2010

done




ingat hari ni nak berehat-rehat saja di bilik di temani nota estimating.tapi agenda berubah bile the sista kejut bgn awal pagi untuk ke pasar seperti makcik-makcik kampung beli sayur, tak lepaskan peluang rebut rezeki tuhan.yes,raito.the early bird got the worm.tapi aku tanak cacing tu:D

tengahari ke petang..penat dengan keje-keje behind the scene untuk video iklan eskrem week.'u scream,i scream,we scream for the ice cream'..baru siap 2 scene,lagi 6 scene esok!doakan kami berjaya:)
malam|dicussion pertama penggal kedua,lebih matang memanage masa.singkat dan padat.esok nk shoot picture window musolla.edit siket-siket.kemudian done.takdelah discussion meleret-leret sam pai ke pagi macam penggal lepas.memang menyesakkan otak.
azam|alhamdulillah dah seminggu berjaya suburkan tabiat baru yang dah lama diperam dalam kepala hotak tapi belum berjaya dilaksanakan.harap cubaan kali ini membuahkan hasil.setiap hari mesti isi budget.jangan biarkan duet mengalir tak tentu pasal.itu keringat penat lelah mama.then, mesti solat dhuha untuk murah dan berkat rezeki.lepas maghrib mesti solat taubat untuk mulakan hari baru dalam tahun islam.last sekali sebelum tidur tunaikan solat hajat agar semua impian menjadi kenyataan.bukan angan-angan ya.=.=".tuhan,rajinkanlah bibir basah ini mengalunkan ayat-ayat suci-Mu~

esok|nk pg mahalah ofis ambek appeal n isi borang changing room.aku inginkan perubahan kearah kemantapan hidup.mahukan kelainan.mahukan kesempurnaan.doakan segalanya berjalan lenggang-lengong seperti yang dirancang:)

Ahad, 19 Disember 2010

D:< dem









damn!shit...kamu kejam!
hate u!hate u!hate u!
rase nk sepak laju-laju.rase best ke ah berlagak.menyombong.rase diri dah memang hebat-kah.rase bahagia kah buat macam tu..sila jawab 'yes' kalau nk rase super duper terajang silat gayung tali pinggang pink.haish=.="
aku bukan hakim untuk judge orang.tapi aku bukan lembu yang takde hati.aku pemerhati yang boleh dikatakan layak mengkritik kerana setakat ini aku masih berada di bumi malaysia yang memberi hak untuk berkata-kata kepada setiap individu.then,kalau aku di jepun atau di serata pelusuk dunia sekalipun,aku tak sepatutnya disaman kerana aku tak berkata-kata.aku sedang menyping.


back to the topic...dem!hate u damndamn much..bangga la dgn hidup sekarang kan sampai lupa pada yang pernah berada disisi saat kaki sudah tak mampu melangkah.bahagia kn melupakan begitu saja.ahh!memang aku tengah em0..dan memang aku em0 sejak dulu.tapi sekurang-kurang-nya aku masih manusia yang tahu mengenang budi.freak~cissssssss

uhhhhhhhhhhhhhhhhh**tarik nafas slow-slow...k..s0kay:D
im fine now...do whatever you wanna do sebab aku akan hangkat kaki berambus dari kamu..walaupun terpaksa merangkak sekalipun aku promise yang aku AKAN pergi.tak tahan la bro tengok muke macho tapi takdak manner.ptuihhh..eh.aku mule lagi..
i'm sorry..

im the type of girl that easy to piss off and easily cool down..


s00rry ya for the shit words that i just used~but they do suit you.seriously:D 

.::sahabat::..


"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

andai kalian sahabatku..bimbinglah aku andai-ku tersasar.bangkitkan aku andai-ku jatuh.sedarkan aku andai-ku terleka.aku hanya manusia biasa.
yang penting..ingatkan aku andaiku terlepas jadual kelasku=.=".please~.aku perlukan sokongan kalian menongkah arus dunia.siapalah aku tanpa peringatan.aku bukan malaikat.

**welkam**

tiada bumi tanpa hujan.
tiada malam tanpa bulan.
tiada hati tanpa perasaan.
tiada hidup tanpa penderitaan.
tiada.tiada.tiada.tiada.


dan tiada aku tanpa Dia dan mereka-mereka.fulstop.


welkam to my upsidedown world.selamat menjengah ke jendela dunia-ku yang tunggang terbalik.dunia yang menyiangkan malam dan memalamkan siang..siryes penat.seminggu belum cukup untuk habisbasuhbuang segala bagai bad habits yg dah sebulan diperam seperti buah ciku muda.xmampu nak menyelarikan kehidupan di rumah dan di sini.berbeza


PERGI.


pergi main jauh-jauh-jauh agar aku tenteram di sini.cahaya ilmu.hiraukan mereka dan segala macam titik hitam di hati.datanglah ke mari menerangi hidup kelam-ku.datang ke mari membawa setitis dari lautan ilmu Yang Maha Bijaksana.datang bersahabat dengan manusia yang sangat amat memerlukanmu ini.please,im begging you.

dan.


aku terbabas lagi.agenda untuk satu sem tersusun rapi.tapi aku seolah-olah belum sedar dari mimpi indah yang panjaaaaaaaang.oh.tolong jangan biar nightmare yang lalu menghantui hidupku akan datang...shuhhh..shuhhh...shuhhh...pergi jauh-jauh.jangan biar aku cicirkan amanat b0nda yang kupegang kukuh..erat.kemas

aku hanya mahu melihat bibir itu sentiasa tersenyum melihat hidupku.berjaya.

++bersih++

nmpak kn?segalanya bersih.bersih dari 'older post' yang sering dikesali kejadian-nya.sebersih kain semayang yang dicuci dengan detergent selepas 24 jam direndam.ya.aku ingin bersihkan semua memori yg dah banyak menyesakkan kepala hotak macam packet 3 in 1 milo huze.full packed..tapi harapan.ini hanya ilusi fizikal luaran yg menutup segala macam element2 negatif dalaman dengan mengaburi segala bagai perkara yg lepas.yg dah banyak memenuhi usia dua puluh tahunku dengan harapan dan angan-angan palsu bagai buih sabun tiup-tiup.mampukah?


andailah memori kepala pintar manusia dapat dicuci dengan skali klik saja seperti aku tekan butang delete selepas me'mark'ing segala yang berkaitan,pasti bengkerap sudah deretan hospital jiwa yang tumbuh bagai kulat di dahan yg lembab selepas musim tengkujuh dan berpasir-lah periuk nasi pakar-pakar psycology bertauliah diluar sana.andai tercipta sebiji mesin untuk menyimpan semua memori dan dapat dihilangkan dengan hanya tekan butang 'format' tanpa sebarang pertanyaan lain dengan pilihan jawapan yes or no,ia pasti menjadi rebutan manusia-manusia berotak wayar selirat macam aku.nice!

oh tuhan.izinkanlah malam ber-bulan cantik dipagari cahaya-iras-pelangi yang indah ini menjadi malam terakhir aku mengenang memori daun pisang kisah cinta duka yg lalu..aku bukan juliet yang sabar menunggu sang romeo mengotakan janji-janji manis..aku bukan anak itik hodoh yang membesar menjadi si angsa jelita yang dihasad kecantikannya..aku bukan shakespeare yang bijak menggunakan kesenian bahasa untuk meluahkan yg terbuku dihati dan yang mampu menundukkan dunia dengan hipotesis pintarnya.aku hanya manusia biasa yang cuba hidup melebihi manusia luarbiasa.

hidup dengan menggunakan sebaik pinjaman nyawa dari-Nya Yang Berkuasa.hidup untuk memenuhi sesingkat peluang pemberian-Nya Yang Esa.hidup untuk mengejar sebuah impian sekecil kuku jari kelingking bayi baru lahir tak cukup bulan bagi manusia lain.tetapi angan-angan itu ibarat sebuah mahligai kristal 16-ekar dilengkapi peralatan,mesin-mesin dan accessories up-to dated di pandangan mata seorang aku!jangan diketawakan!

itu impian sahamku didunia.saham yg aku pertaruhkan untuk-ku selit sebakul bangga dihati seorang mama kelak.mama yang ku sayang.mama yang sering memberi jawapan ya pada yang tidak.mama yang tak pernah berhenti memberi senyuman manis untuk menyuntik sekeping tabah dalam diri anaknya.dan hari ini aku cuba seikhlas hati untuk mewarisi ketabahan mama itu.dengan azam sejitu tugu negara,aku cuba bangkit dari mimpi-mimpi duniawi.bankit untuk meniti jalan yang berliku dengan bahu senget dibebani tanggungjawab seorang anak!

jangan dibiar harapan itu terkubur selagi jasad tidak tertimbus.jangan dibiar air dari mata tua itu menitis melihat benih yang di baja menjadi hama.jangan sesekali mengizinkan sekeping hati suci itu menyesali melahirkan seorang aku dari rahimnya yang sempit.

tuhan.tabahkan hatiku setabah wali-wali-Mu.tabah!