kawan

Isnin, 6 Ogos 2012

iFtar 1432 H


AHLAN WASAHLAN
Ya Ramadhan Qareem!
wahai bulan indah yang tak jemu datang membawa sejuta keberkatan,
wahai bulan mulia yang sabar menanti waktu membawa khabar kegembiraan,
aku merinduimu!

pada detik sama waktu yang berbeda,
aku masih ingat saat ku belajar menerimamu,
saat aku dilatih menahan getir itu,
betapa hati ini sarat pada dugaan yang kau bawa,
betapa badan ini gelisah pada jiwa yang meronta.

ingatkah kau pada anak kecil yang menunggu terawih pertama?
cantik dalam bersih pakaian putih tanpa warna,
berdiri rokok sujud dalam lautan manusia berpakaian sama,
mengharap pada berkat seperti dilahirkan semula.
mengenang dosa melawan cakap abah mama,
betapa naif si kecil tergoda,
pada kata yang entah tidak betulnya,
hanya pada-Nya yang menilai segala,

ingatkah lagi,
betapa gembira senyum gembira yang terlakar,
ketika bersama beramai menikmati moreh di akhir terawih,
berlari tertawa riang bersama rakan sebaya,
dapat bertemu selain di sekolah.

saat siang mentari belum mengeluarkan garang,
mata terpisat disedari laungan garang suara abah,
mencium aroma enak masakan mama,
memancing selera kami ramai beradik,
betapa seronok kenangan makan setalam,
masing-masing berebut ruang,
walau yang kerak menjadi lazat.
walau yang hangit menjadi sedap,
walau yang kelat menjadi enak.

tatkala azan yang dinanti berkumandang,
senyuman terlakar riang,
penat jerih turut hilang,
betapa nikmatnya aturang Dia Yang Maha Penyayang.


dan buat sekalian kalinya.
nikmat itu tetap sama.
seperti satu waktu dulu.