kawan

Sabtu, 15 Disember 2012

dear my dears.


Heart,
one here and one there,
lets hold together, stay stronger, rise wiser, be smarter
don't let the evil win,
you are better!

“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging,
apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad,
dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad.

Ketahuilah bahawa itu adalah hati.”

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir.

hati. semoga baik-baik hendaknya.

HEART, i know it hurt. please. be patient.

another moment, another way, in a same life.
Another rough day.
Allah, please.
Accept my call.

Ya Allah, terlalu banyak hamba-Mu ini meminta,
sedangkan dosanya membukit, amalnya sekadar sahaja.
Tuhan, harap Kau tak pernah jemu menerima panggilanku.
kerana takkan ada sesiapa yang layak menyahutnya melainkan-Mu.
Tuhan, andai aku alpa pada rahmat-Mu yang menggunung,
tegurlah agar aku tidak terus pesong.
Tuhan, andai aku erlalu taksub pada harta dunia,
bantulah, agar aku membawa secukupnya bekalan ke sana.
Tuhan, andai diri ini lemah untuk melangkah.
pimpinlah, agar aku terus gagah. megah.

Tuhan, sekelian lagi untuk detik pahit ini,
jangan biarkan aku terkapai sendiri,
jangan kau hanyutkan aku dengan nikma duniawi,
jangan kau kaburkan laluanku dengan permainan ilusi ini.

Tuhan, bawalah aku menemui cinta hakiki-Mu,
agar aku terus berusaha mengejar sejuta ilmu.
agar aku bisa mendaulatkan agama-Mu,
agar aku terus tabah menjulang indahnya seruan-Mu.

Tuhan, aku masih disini,
menanti cinta hakiki-Mu,
aku yakin pada janji-janji-Mu,
Inshaa-Allah, sehingga ke hembusan terakhir,
izinkan aku berjuang mengjulang agama-Mu ke destinasi tertinggi.

"“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

#hanya Engkau yang berhak mentakdirkan segalanya. Kun Fayakun.