kawan

Rabu, 20 Mac 2013

matur-ed

Dear heart, please be matured,

Alhamdulillah, baru aku sedar dan faham erti matang. bukan hanya matang pada akal fikiran, tapi matang pada hati dan perasaan; apabila kehidupan ini dirasakan bukan lagi satu bebanan, malah satu peluang untuk merebut kehidupan yang sempurna di sana kelak, sebagai satu jalan menuju alam yang hakiki, sebagai tempat untuk mengingati semula bai'ah yang pernah kuungkap pada-Nya yang Maha Esa sebelum kelahiran ini.

Satu waktu dulu, seringkali aku lemah pada ujian dunia. Seringkali  aku kalah, rebah tersungkur dalam permainan masa, dan seringkali takdir dan perjalanan masa dipersalahkan. ya Allah, betapa jahilnya aku untuk menyedari mehnah dunia ini.

dan, hari ini aku sedar, Dia letakkan aku dalam sesuatu ujian, agar aku kembali pada-Nya. agar aku sedar wujudnya Dia dalam setiap detik yang aku harungi ini.

"The most moment He loves me is when He put me in a test"

yes, i know that, now.

Sekarang, setiapkali ujian-Nya datang. aku masih mampu tersenyum, aku pandang langit-Nya yang meluas;

"Thanks Allah, thanks for always be with me. Thanks for care about me, Alhamdulillah, Syukur. InsyaAllah, dengan kekuatan yang Kau berikan ini, aku mampu bertahan untuk kesekian kalinya"

Ya, aku tak mampu menipu diri, aku tak mampu menahan mata ini dari terus menangis, ia adalah fitrah. tapi  tidak lagi sebodoh dulu, tidak lagi menangis menangisi takdir.

pabila diri ini seolah tidak tertahan, aku akan mengadu pada-Nya dalam sujudku. menangisi kelemahan diri, menangisi lemahnya iman di dada ini dan. ku memohon sejuta kekuatan dariNya.

Dia letakkan aku di sini, pada waktu ini, pada ujian ini.
Dia memilih aku dalam juta-jutaan hambaNya, kerana dia tahu aku akan terus dan terus bertahan pada takdir yang Dia telah aturkan buatkan dengan penuh hikmah Yang Maha Bijaksana.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (QS. Al Baqarah {2} 286)

Practical. Kerjaya. Sahsiah.

Practical Training: Latihan kepada graduasi untuk menimba pengalaman bekerja di dalam industri sebenar.
dan pada aku, praktikal dalam kerjaya itu tidak sepenting praktikal dalam sahsiah. ya, aku sedang belajar keduanya, kala Allah memberikan aku peluang.

Sedia. Senyum
Sudah hampir 2 bulan. Alhamdulillah, aku bisa senyum di sini. Sebelumnya, seringkali aku cuba menjiwai sesuatu tempat agar aku bisa menelusuri jalan kehidupan yang sempurna. Namun di sini, tanpa perlu menjiwai, tempat ini sebenarnya sudah sesuai dengan jiwaku. Merungkai segala kegelisahan yang acapkali datang mengharu-birukan hati resah ini.

Dia berikan aku kekuatan kala aku terlalu lemah untuk melangkah.Dia berikan aku cahaya kesedaran pada kejahilan yang menghitamkan hari-hari gelapku. Dia letakkan aku pada tempat terindah untuk aku memulakan langkah, berpaut pada yang Maha Esa.

Sungguh, Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Dialah sumber segala kekuatan.


Sedia. Berubah
Pernah satu saat hati ini terdetik untuk berubah. Kulihat mereka-mereka di sekelilingku, yang sering mencerahkan hari-hariku. Bisakah aku bersama mereka di dunia yang satu lagi? Bahagia kah kita, atau terseksakah kita di sana?

Buat kesekian detik lagi,
Ku lihat cermin peribadi yang pada kiraanku kotor dengan cela. Bisakah aku untuk mengejar Firdaus-Nya, layakkah aku menikmati manisnya sungai susu madu? Adakah Tuhan bisa mengampun khilafku, adakah Tuhan mahu menerima insan kerdil yang hanyir hamis dengan dosa semalam ini menghuni syurga indah-Nya.

Terkedu, desahan kecil ini dijawab-Nya. Dia berikan insan-insan mulia di sisiku. Dia jauhkan penyebab permasaalahan ku. Dia letakkan sedikit deduri ujian agar aku bisa kebal dengan fananya dunia.

Sungguh, Dia Maha Mendengar lagi Maha Pengampun.
dan Dialah yang menggerakkan hati-hati ini.

Sedia. Bertahan.
Bersediakah aku untuk terus bertahan? Seringkali iman lemah pada kuatnya istiqomah. Kenapa perlu digali pada gelap lubang hitam yang pernah menjerumuskanmu ke lembah terdalam kehinaan? Kenapa masih meraba mencari nikmat sementara yang bakal membawa ke neraka jahanam? Kenapa masih dipegang pada tali-tali berduri yang akan melepaskanmu ke gaung kekecewaan. Kenapa masih dicuba meniti jambatan yang tajam itu sedangkan kau tahu betapa sakitnya andai kau jatuh. Kerana pada saat itu  tiada lagi manusia yang selama ini kau panggil teman. kerana mereka akan membawa kaki pergi darimu, bimbang andai hemis hanyir itu bakal mengotori jubah mewah mereka. Dan pada kala itu kau akan berpaling mencari Kuasa yang selama ini kau ragui kehadirannya.

Sungguh, hanya pada saat kau rasa peritnya ujian, di saat itu kau akan tahu dan mahu mengaku.
 Hua Allahu Ahad! Allahu Somad!