kawan

Jumaat, 17 April 2015

sepi.

sepi.

Dan laman hati yang sunyi.

sering bertelagah antara
rindu rasa

Dan peritnya liku masa.



. . . .

Dan aku
memilih untuk terus berkorban pada rindu yang membara.
berbanding peritnya hidup di hadapan sana.


Rabu, 15 April 2015

Biar.

Biarkanlah.

Sebab kita;
Awak dan saya

Bukan siapa-siapa.
.
.
.
.
hanya sekadar dua manusia
bertemu pada simpang yg sama.


dan simpang ini mungkin bercabang.
dan kisah kita ditinggalkan di belakang.


Ahad, 12 April 2015

boneka

Apa makna pada jutaan pilihan,
andai tetap tiada peluang untuk memilih.

Selamanya, boneka.



Jumaat, 10 April 2015

bahagia?

"Bahagia tak hidup awak sekarang?"



Awak,
Lihat biru langit,
lihat putihnya awan.


saya masih boleh senyum untuk hidup hari ini.


Tapi, bahagia?
Pernah wujud ke dalam kamus hidup manusia?


= = = = = = = = =
Apa maknanya bahagia?
apa ada pada bahagia asasnya?

.
.
.

life is moving forward.
and it is for survival.

So, just make it fun.
Kalau betul mahu bahagia
yang hakikatnya hanya mitos dongengan.



Cukuplah.
Biarkan lepas semua ketawa hari ini
kerana saya masih tetap menangis panjang dalam lelap lena.

Rabu, 8 April 2015

kisah hati.

Adakala,
aku cuba menafikan mekar rasa
yang hadir bersama liku cerita.


adakala,
aku cuba palsukan ceria
aku cuba lumpuhkan deria
agar tertutup semua kisah lara
dan hilang bersama mimpi bahagia.


dan seringkali,
kupaksa pada diri untuk memenuhi tuntutan manusia
kupaksa pada hati agar dihilangkan kisah lama
kupaksa pada sihat akal agar menerima semua takdir dunia
kupaksa pada seluruh anggota agar mengikut rentaknya irama masa.


namun jujurnya
kisah hati dan cerita tentang gelojak rasa
kadangkala tidak seirama.


kerana hakikatnya,
cinta dalam keterpaksaan
buat aku lupa pada realiti kehidupan
yang semakin hari semakin dipinggirkan.
sedangkan cerita hati semakin hari semakin mati


........................................

dan kamu,
tinggalkanlah aku

bersama terkapainya mainan rasa
agar mekar yang mula terpupuk
kembali layu

dalam sunyi masa

layu dalam rasa sakit dan perit fana dunia.
layu dalam fitrahnya sang manusia.


dan biarkan aku,
kembali dihembus similir kenangan lama.