kawan

Ahad, 20 September 2015

jarak

serasi?

dalam tempangnya rasa & prasangka

korban

&
tidakkah kau lihat,
berapa banyak aku korbankan
jutaan waktu
hanya utk bersama kamu.

sedang tiada sekelumit
yg kamu beri
utk hubungan ini.


Tuhan,
inikah nilai
atas setiap titis cinta yg aku korbankan?

Isnin, 10 Ogos 2015

pudar

sayang,
tidakkah kau lihat
warna, warni antara aku & kamu

pudar,
dalam fananya duniawi. 




Ahad, 24 Mei 2015

lemah

Maafkanlah
Kerana tempang Cinta ini.
Buat kamu terasa dibuli.

Sungguh.
Maafkanlah.
Maaf.

Saya sedang berusaha sekuat jiwa
Untuk lenyapkan setiap desahrasa

.
.
.
InsyaAllah, satu Saat nanti.
Kamu bakal bebas.
Dengan apa mahu kamu.
Dengan sesuka rasa kamu.

Saat itu tiba,
Saat aku sudah tidak berhati jiwa 

Biarkan Cinta ini pergi
Pada yg tahu menghargai.


Yamhullah hu ma yasya'
Yamhullah hu ma yasya'
Yamhullah hu ma yasya'


Selasa, 19 Mei 2015

belajar

Jujur.
Aku sedang belajar matikan deria
Aku sedang belajar jarakkan antara cerita hati dan realitinya dunia.


Tuhan
Izinkanlah aku terus hidup tanpa rasa.
Seperti masa-masa lama.


Isnin, 18 Mei 2015

lupuskan

Yamhullah hu ma ya sya'
Yamhullah hu ma ya sya'
Yamhullah hu ma ya sya'


.
.

Maha Agung Pemilik Arasy
ku pohon dari segenap jiwa
buangkanlah setiap desahrasa

buangkan setiap kuntuman deria
hapuskanlah setiap nadi cinta

supaya suasana hati lebih tenang damai
tanpa sakit kecewa.


.
.
Maafkanlah
Kerana cinta itu  melemahkan
Kerana cinta aku penuh kelemahan.
.
.
.
P/s: kenapa kita manusia perlukan cinta
Sedang kita hidup mencari cita





Jumaat, 8 Mei 2015

berhenti

Berhentilah.
Menjadikan manusia itu dunia.
Sedang kau tidak punya siapa-siapa.
Sedang kau sendirian cuma.

Berpijaklah pada nyata bumi.
Dongaklah pada tinggi langit.

Yang ada
Hanya kamu dan di atas sana.
.
.
.
.
.
.
berhentilah sayang.

berhenti.

Jumaat, 17 April 2015

sepi.

sepi.

Dan laman hati yang sunyi.

sering bertelagah antara
rindu rasa

Dan peritnya liku masa.



. . . .

Dan aku
memilih untuk terus berkorban pada rindu yang membara.
berbanding peritnya hidup di hadapan sana.


Rabu, 15 April 2015

Biar.

Biarkanlah.

Sebab kita;
Awak dan saya

Bukan siapa-siapa.
.
.
.
.
hanya sekadar dua manusia
bertemu pada simpang yg sama.


dan simpang ini mungkin bercabang.
dan kisah kita ditinggalkan di belakang.


Ahad, 12 April 2015

boneka

Apa makna pada jutaan pilihan,
andai tetap tiada peluang untuk memilih.

Selamanya, boneka.



Jumaat, 10 April 2015

bahagia?

"Bahagia tak hidup awak sekarang?"



Awak,
Lihat biru langit,
lihat putihnya awan.


saya masih boleh senyum untuk hidup hari ini.


Tapi, bahagia?
Pernah wujud ke dalam kamus hidup manusia?


= = = = = = = = =
Apa maknanya bahagia?
apa ada pada bahagia asasnya?

.
.
.

life is moving forward.
and it is for survival.

So, just make it fun.
Kalau betul mahu bahagia
yang hakikatnya hanya mitos dongengan.



Cukuplah.
Biarkan lepas semua ketawa hari ini
kerana saya masih tetap menangis panjang dalam lelap lena.

Rabu, 8 April 2015

kisah hati.

Adakala,
aku cuba menafikan mekar rasa
yang hadir bersama liku cerita.


adakala,
aku cuba palsukan ceria
aku cuba lumpuhkan deria
agar tertutup semua kisah lara
dan hilang bersama mimpi bahagia.


dan seringkali,
kupaksa pada diri untuk memenuhi tuntutan manusia
kupaksa pada hati agar dihilangkan kisah lama
kupaksa pada sihat akal agar menerima semua takdir dunia
kupaksa pada seluruh anggota agar mengikut rentaknya irama masa.


namun jujurnya
kisah hati dan cerita tentang gelojak rasa
kadangkala tidak seirama.


kerana hakikatnya,
cinta dalam keterpaksaan
buat aku lupa pada realiti kehidupan
yang semakin hari semakin dipinggirkan.
sedangkan cerita hati semakin hari semakin mati


........................................

dan kamu,
tinggalkanlah aku

bersama terkapainya mainan rasa
agar mekar yang mula terpupuk
kembali layu

dalam sunyi masa

layu dalam rasa sakit dan perit fana dunia.
layu dalam fitrahnya sang manusia.


dan biarkan aku,
kembali dihembus similir kenangan lama.

Jumaat, 20 Mac 2015

mati.

Biarkan aku mati bersama sisa hidup yang berbaki.
.
.
.
Tuhan, 
kerana berat ujian ini sungguh tak tertahan.
matikan hati ini bersama setiap kenangan,
agar aku tidak lagi berpaling mencari tempang dalam setiap percaturan.


Tuhan,
jadikan titis titik airmata ini buat yang terakhir kali,
kerana kolam jiwa ini sudah kering akan kejamnya mereka kalian di sisi.

Tuhan, 
kerana terlalu mahal nilainya bahagia,
izinkan aku ketawa tanpa rasa dan sekalian deria.

Jumaat, 13 Mac 2015

Mbkpi?

Separuh hati.
.
.
Unbearable topic
&
Catatan mat luthfi.

Kadang,
tanpa sedar apa yg ada di sekeliling kita,
sedang bersakastik,
PUK,  tepat.
terkena batang hidung sendiri!


==============
Mohon fikir masak-masak,
Saya bimbang saya akan jadi asbab
Kaki awak tak dapat melangkah ke sana.
.
.
.
.
Jadi, sebelum apa-apa.
MAAF!

Jumaat, 6 Mac 2015

Puas?

I'm trying harder to smile.

& Not to cry.
.
.
.
.
.
.
Puaskah kalian yang bernama manusia?

Puas?



# tidakkah mereka lihat, aku sedang menangis dari dalam.

Khamis, 5 Mac 2015

Yesterday

You see me today,
Yet you never saw what have brought me up yesterday!


Hinalah sepuas mahu hati kamu,
Kerana saat di manapun aku berada, aku tetap sendirian tanpa kamu kamu kamu.



Rabu, 4 Mac 2015

Tak



Awak okay Tak?
Tak. Saya tak okay. Sampai bila-bila pun. :'(




Sabtu, 28 Februari 2015

Wish

I just wish that time will solve everything else.



Isnin, 16 Februari 2015

T.R.U.S.T

Trust Nobody.



Yes, it is.

==========================
Kenapa?
Apabila kepercayaan yang elok cantik diletakkan seringkali dibakulsampahkan oleh sang manusia?


Pergilah kamu sejauh waktu-waktu yang berlalu.

Sabtu, 31 Januari 2015

Early Bed

Kenapa dalam jutaan manusia yang wujud atas muka bumi ni, awak jugak yang saya nak??


Masuk bilik.
Light off.
Baring.


Demam.
Selsema.
Sakit kepala.

Ubat dah makan.

Tapi, semua rasa tak kena.

Tangan kat mata.
Tangan kat dahi, panas lagi.
.
.
.
.
Sebenarnya,

Boleh tak saya nak awak, sekarang?






Sick

Syafakillah.

Sabar, sakit itu penghapus dosa.


Jumaat, 30 Januari 2015

Bright time: Someone asks me to send him these.

Tapi, 
"Apalah sangat dengan benda-benda ni. Semuanya pun berkat doa mama abah. Kalau awak nak tengok saya berjaya atau tak, bukan yang hari ni. Tengok kat mana saya esok.."

- - - - - - 
Apa-apa pun. Nah. Special capture untuk awak. :')










You see me during my special day. Yet you never see how crazy i am gone through all these. Ada seseorang yang saya sepatutnya say much more thank you.

Yang selalu jadi mangsa amuk saya, jadi tempat lepas marah, tempat lepas geram. Yang selalu jaga saya agar tak terus sesat jauh. Yang selalu saya paksa jadi jam loceng untuk kejutkan stay up, teman saya study sampai pagi, jadi teman saya paksa solatkan hajat untuk saya tiap2 kali kuiz, assignment dan exam, yang selalu saya paksa bacakan yaasin waktu saya exam. Jadi batu waktu saya frust jawab exam. Jadi telinga tempat saya cerita macam-macam waktu saya takda kawan. Jadi bahu dan bantal tempat saya menangis.

Tapi dia yang tak sempat tengok saya waktu hari cerah saya.

Dia yang terpaksa saya baling jauh-jauh demi kasih yang satu.


- - - - - - - - 
Dia yang dulu.

Seriously,
Never dream to be part of me kalau awak rasa awak tak mahu dan tak mampu nak lalui semua keterpaksaan tu.

Cinta.

Rabu, 28 Januari 2015

Rasa

Life is full of why.

Kenapa dalam jutaan cerita impian, àku masih menjadi mangsa keadaan seperti waktu-waktu lalu
atau 
aku cuma menjadi watak gantian pada rabak kisah cinta kamu?

Kenapa perlu dipaksa rasa hati pada mahu kamu sedang luka lama yang ditinggalkan masih merah pada hanyir nanahnya?

Kenapa tidak pernah ada peluang pada aku untuk memilih?

Dan.
Kenapa terlalu mahal bahagia itu untuk aku?

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
 Tolonglah, 
aku bukan kamu.


.
.
Biarkanlah hidup ini tunggang kecundang pada setiap mahu kamu, kerana kalah itu sering ada dalam setiap liku cerita aku!

Biarkan!

Biarkan!





Isnin, 26 Januari 2015

hidupnya aku kerana mereka.

jujurnya.
Cerita aku ini terlalu banyak pada simpang siurnya yang tak berkesudahan. Dan pada setiap simpang itu terlalu banyak celanya aku kerana terlalu bodoh pada dunia.

Dan.
kerana perjalanan ini seringkali tersadung pada duri yg berselirat dan seringkali terpelusuk pada lumpur dunia, yang mana hanyirnya itu tidak pernah hilang ditinggalkan masa lalu.

Dan aku..
bersama batunya sang hati,
hadir kuat gagah kerana pengalaman pengalaman itu.

Don't expect to be part of me,
if you cant accept my little roughness.

Take your shoe from my sight.

Sabtu, 24 Januari 2015

a w a k .

Thanks for loving me,
despite my flaws.

.
.
.
.

Terima kasih pada setiap senyum yang melupakan aku pada kelam cerita semalam.


kisah tentang aku, kamu dan sekalian rasa.
---------------

Ahad, 18 Januari 2015

The happiness


awak awak awak awak awak dan awak

Thanks for being as part of me.
peluk ketat-ketat.


Lots love,
azve3

---------- This is the plan
&
here we go.


.
.
.
Taken3,
Burger bakar abang burn,
 girlfriends
& a long nite chitchatting

= syurga :)

 







Yes, this is a true happiness. 
Komawooo ;)

Sabtu, 17 Januari 2015

#xnrlasertag

Seringkali, aku hidup dengan mengikut aliran arus dunia. Lena dalam derasnya yg seringkali menjadikan hati cengeng ini belajar pada serah pasrah, redha pada cantik aturan-Nya. 

Dan seringkali, sejauh manapun kaki ini melangkah, akan ada segolongan tangan yg sudi memapah, akan ada teman yg sudi di sisi, walau sehingga andai tiada bahupun yg sudi memberi sentiasa akan ada lantai untuk bersujud.

Dan pada Sang Tuhan, thanks for this unplanned plan Because ur plan is always the best.

Terima kasih pada yang sudi bersahabat.

Bbq
xnr lasertag
UNO & playing card
Camping
water tubing
water flying fox
rakit
flying fox

Enjoy~ ♡♤♢♧