kawan

Isnin, 4 Februari 2013

hijrah.

hijrah? mimpikah? 

Bukan, aku bukan merapu di sini. kerana hidayah itu sampai lebih 1400 tahun lalu, hanya aku yang membiarkan waktu dengan kerugian.

dan jiwa resah ini cuba untuk mencuba, meberi peluang pada diri merasai tenangnya iman, menikmati indahnya perubahan. Ya, perubahan memberi nafas istimewa pada jiwa yang sudah sekian lama gersang dari rahmat-Nya. yang seringkali rebah saat merempat pada kasih sayang menusia. sedangkan Yang Maha Penyayang itu masih setia menunggu di sana.

dan, inilah dia, jalan penghijrahan itu satu keputusan terbaik yang pernah ku ada, Melatakkan keseluruh kepercayaan pada Dia pemilik jiwa, memberi sepenuh penyerahan pada Dia yang membasahkan titisan hujan berkah pada hati kontang.

walau sungguh, penghijrahan itu tidaklah sesukar mana, kerana, yang sukar itu namanya 'istiqomah', tetap pada keadaan untuk meneruskan penghijrahan itu adakalanya memeritkan, tatkala hati kotor ini masih terpalit nikmat sementara dosa lalu, hati yang masih belum suci dari najisnya dunia.

dan walau seperit mana namanya ujian, insya-Allah, dengan izin-Nya Yang Memegang kekuatan, pada-Nya yang memiliki setiap sesuatu, yang manaungi kerajaan langit dan bumi...akanku kuatkan langkah kaki untuk terus bertatih pada jalan yang penuh duri kesakitan, kerana aku tahu di hujung-Nya ada nikmat yang akan menyembuhkan semua luka-luka perjalanan.

Pada yang di sisi, jangan hina andai aku lupa, tegurlah agar aku tidak terus alpa.


Tiada ulasan: