kawan

Ahad, 5 Oktober 2014

CATATAN CINTA.

Hadir aku,
Dalam kasih cinta kalian.

Kau kenalkan aku,
Pada fananya alam kejadian.
Tetapkan hatiku pada Sang Pencipta Kebahagiaan.

Denai perjalanan aku,
Dipagari tunjuk didikan.
Disinari doa redha menyuluh gelap laluan.
Dimewahkan dengan erti kehidupan walau rabaknya kamu memberi cukup keperluan.

Catatan hidup seorang aku,
Penuh dengan warna yang kalian corakkan.
Penuh dengan rasa yang kalian hadiahkan.
Cukup dengan bunga-bunga kegembiraan.
Walau seringkali tempang aku dalam menilai erti kesempurnaan.

Setelah genap 24 tahun dan sembilan bulan,
Kamu adalah anugerah teragung yang Tuhan pinjamkan.
Semoga Dia tetap panjangkan nikmat cinta kamu buat 18juta tahun ke hadapan,
Semoga syurga firdaus menjadi tempat hakiki kalian.
Semoga kita masih tetap bertemu di alam yang kemudian.

Lillah,
Uhibbukuma fillah.
Salam eidul adha dan terima kasih kalian kerana hadirkan aku menikmati dunia indah.


Ikhlas,
Azya

Tiada ulasan: