kawan

Rabu, 20 Mac 2013

Practical. Kerjaya. Sahsiah.

Practical Training: Latihan kepada graduasi untuk menimba pengalaman bekerja di dalam industri sebenar.
dan pada aku, praktikal dalam kerjaya itu tidak sepenting praktikal dalam sahsiah. ya, aku sedang belajar keduanya, kala Allah memberikan aku peluang.

Sedia. Senyum
Sudah hampir 2 bulan. Alhamdulillah, aku bisa senyum di sini. Sebelumnya, seringkali aku cuba menjiwai sesuatu tempat agar aku bisa menelusuri jalan kehidupan yang sempurna. Namun di sini, tanpa perlu menjiwai, tempat ini sebenarnya sudah sesuai dengan jiwaku. Merungkai segala kegelisahan yang acapkali datang mengharu-birukan hati resah ini.

Dia berikan aku kekuatan kala aku terlalu lemah untuk melangkah.Dia berikan aku cahaya kesedaran pada kejahilan yang menghitamkan hari-hari gelapku. Dia letakkan aku pada tempat terindah untuk aku memulakan langkah, berpaut pada yang Maha Esa.

Sungguh, Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Dialah sumber segala kekuatan.


Sedia. Berubah
Pernah satu saat hati ini terdetik untuk berubah. Kulihat mereka-mereka di sekelilingku, yang sering mencerahkan hari-hariku. Bisakah aku bersama mereka di dunia yang satu lagi? Bahagia kah kita, atau terseksakah kita di sana?

Buat kesekian detik lagi,
Ku lihat cermin peribadi yang pada kiraanku kotor dengan cela. Bisakah aku untuk mengejar Firdaus-Nya, layakkah aku menikmati manisnya sungai susu madu? Adakah Tuhan bisa mengampun khilafku, adakah Tuhan mahu menerima insan kerdil yang hanyir hamis dengan dosa semalam ini menghuni syurga indah-Nya.

Terkedu, desahan kecil ini dijawab-Nya. Dia berikan insan-insan mulia di sisiku. Dia jauhkan penyebab permasaalahan ku. Dia letakkan sedikit deduri ujian agar aku bisa kebal dengan fananya dunia.

Sungguh, Dia Maha Mendengar lagi Maha Pengampun.
dan Dialah yang menggerakkan hati-hati ini.

Sedia. Bertahan.
Bersediakah aku untuk terus bertahan? Seringkali iman lemah pada kuatnya istiqomah. Kenapa perlu digali pada gelap lubang hitam yang pernah menjerumuskanmu ke lembah terdalam kehinaan? Kenapa masih meraba mencari nikmat sementara yang bakal membawa ke neraka jahanam? Kenapa masih dipegang pada tali-tali berduri yang akan melepaskanmu ke gaung kekecewaan. Kenapa masih dicuba meniti jambatan yang tajam itu sedangkan kau tahu betapa sakitnya andai kau jatuh. Kerana pada saat itu  tiada lagi manusia yang selama ini kau panggil teman. kerana mereka akan membawa kaki pergi darimu, bimbang andai hemis hanyir itu bakal mengotori jubah mewah mereka. Dan pada kala itu kau akan berpaling mencari Kuasa yang selama ini kau ragui kehadirannya.

Sungguh, hanya pada saat kau rasa peritnya ujian, di saat itu kau akan tahu dan mahu mengaku.
 Hua Allahu Ahad! Allahu Somad!

Tiada ulasan: