kawan

Ahad, 21 September 2014

Buat kesekian kali lagi.


Buat kesekian kali lagi.

Cuba untuk bangkit diam.
Cuba untuk terus kuat mengorak langkah meninggalkan gagalnya hari semalam.
Meninggalkan setiap inci sebab yang menjatuhkannya ke lembah terdalam.


Cuba untuk pasrah.
Cuba untuk bangun berdiri dan terus menapak gagah.
Walaupun zahirnya hanya bisa merangkak lemah.
Mencari sekelumit tabah dalam jutaan kecewa yang terserah.

Sungguh,
Kerana hidup ini masih terlalu banyak sisi rahsia yang masih belum sempat diteroka.
Maka hadapilah dengan senyuman paling bahagia.
Walaupun jerit perih semalam masih terdera.
Walaupun hanyir hamis semalam masih tersisa.

Tenanglah.
Cinta dan damai masih ada di mana-mana.

Tiada ulasan: