kawan

Khamis, 18 September 2014

KARMA

KARMA,
Kutuk hinalah sepuas mahu,
aku tahu kamu lebih bisa bangun berjalan berlari lebih laju berbanding bila dipapah aku,
doa kecil ini sentiasa mengiringi dalam setiap panjang langkah kamu.
.
.
SEBAB,
aku bukan tuhan yang mampu tunaikan setiap janji kata,
aku cuma sedang serah pasrah pada dia yang memegang syurga,
biarpun pada dasar hati ini ada jutaan rasa yang tak terluah kata,
biarpun pada dasar hati ini ada luka resah yang tersisa,
.
.
MAAF,
Untuk setiap sakit kecewa yang terperap,
untuk setiap saat masa yang terbazir kerap,
untuk setiap cinta yang tak tercapai harap,
buat kesekian kali lagi yang tak tersampai ucap,
semoga tuhan sentiasa jaga kamu dari lurus asal yang tetap.
.
.
dan TERIMA KASIH,
pada setiap paut dahan,
pada setiap siraman harapan,
pada setiap kata galakan,
pada setiap senyuman mekar kekuatan,
pada setiap hari-hari yang kau ada di sisi saat aku jatuh rebah keseorangan,
kerana hadir kamu pernah menjadikan aku si ulat yang gagah berlari dalam gelita kegelapan.
.
.
JUJUR.
TERIMA KASIH buat kamu sekeping hati yang tuhan pinjamkan.


Tiada ulasan: