kawan

Jumaat, 31 Disember 2010

kamu.

Jangan kamu cari aku, biar berapa lama parah lukamu
jangan kamu pandang aku, biar berapa lama kamu mahu berpaling padaku
jangan kamu senyum padaku, kerana aku pun pandai marah cemburu
jangan kamu dustakan aku, kerana aku ini bukan angan liarmu
jangan kamu titip bencimu, kerana aku juga tiada sudi padamu
jangan kamu lihat malangku, kerana aku juga nampak buruk bayangmu

Kamu lihat dalam ribuan warna kanvas usangku?
tiada satu pun warna itu milik kamu
kamu tiada layak bahagia kerana fitnah bertalu
bacul amat suaramu sedang kamu hilang malu
siapa salah kini? tiada mahu mengaku akan kamu?

Kini bila sudah terang nampak akan benarku
kamu harus datang dan hulur tanganmu
mohon ampun padaku akan segala silap dan onar
kerana kamu ini sekarang tiada siapa lagi dengar
bertahun tahun kamu bakar hati ku , ikut aku 
hari ini aku tamatkan, langkah kamu kini kaku
jangan kamu ganggu aku, benci amat aku pada jasadmu

+++++++berfalsafah hanyut

Tiada ulasan: