kawan

Ahad, 19 Disember 2010

++bersih++

nmpak kn?segalanya bersih.bersih dari 'older post' yang sering dikesali kejadian-nya.sebersih kain semayang yang dicuci dengan detergent selepas 24 jam direndam.ya.aku ingin bersihkan semua memori yg dah banyak menyesakkan kepala hotak macam packet 3 in 1 milo huze.full packed..tapi harapan.ini hanya ilusi fizikal luaran yg menutup segala macam element2 negatif dalaman dengan mengaburi segala bagai perkara yg lepas.yg dah banyak memenuhi usia dua puluh tahunku dengan harapan dan angan-angan palsu bagai buih sabun tiup-tiup.mampukah?


andailah memori kepala pintar manusia dapat dicuci dengan skali klik saja seperti aku tekan butang delete selepas me'mark'ing segala yang berkaitan,pasti bengkerap sudah deretan hospital jiwa yang tumbuh bagai kulat di dahan yg lembab selepas musim tengkujuh dan berpasir-lah periuk nasi pakar-pakar psycology bertauliah diluar sana.andai tercipta sebiji mesin untuk menyimpan semua memori dan dapat dihilangkan dengan hanya tekan butang 'format' tanpa sebarang pertanyaan lain dengan pilihan jawapan yes or no,ia pasti menjadi rebutan manusia-manusia berotak wayar selirat macam aku.nice!

oh tuhan.izinkanlah malam ber-bulan cantik dipagari cahaya-iras-pelangi yang indah ini menjadi malam terakhir aku mengenang memori daun pisang kisah cinta duka yg lalu..aku bukan juliet yang sabar menunggu sang romeo mengotakan janji-janji manis..aku bukan anak itik hodoh yang membesar menjadi si angsa jelita yang dihasad kecantikannya..aku bukan shakespeare yang bijak menggunakan kesenian bahasa untuk meluahkan yg terbuku dihati dan yang mampu menundukkan dunia dengan hipotesis pintarnya.aku hanya manusia biasa yang cuba hidup melebihi manusia luarbiasa.

hidup dengan menggunakan sebaik pinjaman nyawa dari-Nya Yang Berkuasa.hidup untuk memenuhi sesingkat peluang pemberian-Nya Yang Esa.hidup untuk mengejar sebuah impian sekecil kuku jari kelingking bayi baru lahir tak cukup bulan bagi manusia lain.tetapi angan-angan itu ibarat sebuah mahligai kristal 16-ekar dilengkapi peralatan,mesin-mesin dan accessories up-to dated di pandangan mata seorang aku!jangan diketawakan!

itu impian sahamku didunia.saham yg aku pertaruhkan untuk-ku selit sebakul bangga dihati seorang mama kelak.mama yang ku sayang.mama yang sering memberi jawapan ya pada yang tidak.mama yang tak pernah berhenti memberi senyuman manis untuk menyuntik sekeping tabah dalam diri anaknya.dan hari ini aku cuba seikhlas hati untuk mewarisi ketabahan mama itu.dengan azam sejitu tugu negara,aku cuba bangkit dari mimpi-mimpi duniawi.bankit untuk meniti jalan yang berliku dengan bahu senget dibebani tanggungjawab seorang anak!

jangan dibiar harapan itu terkubur selagi jasad tidak tertimbus.jangan dibiar air dari mata tua itu menitis melihat benih yang di baja menjadi hama.jangan sesekali mengizinkan sekeping hati suci itu menyesali melahirkan seorang aku dari rahimnya yang sempit.

tuhan.tabahkan hatiku setabah wali-wali-Mu.tabah!


Tiada ulasan: