kawan

Khamis, 6 Januari 2011

Sahabat. Teman

Sahabat.
Kau kenal aku pada senyuman yang terlakar.
Kau lihat aku pada cekal tabah yang membakar.
Kadangkala, senyuman dan ketabahan itu luntur pada pinggir segaris cebis.
Dan ketahuilah, itu lumrah yang terlakar pada sisi perjalanan sebuah perkenalan.

Sahabat.
Kita mengenali pada tali yang terjalin rapi.
Pada erti yang melambai dan membalas mesra.
Kita bersahabat atas dasar sebuah persahabatan.
Pada erti yang menghulur dan menyambut erat.

Sahabat.
Mahupun titi besi juga tak selamanya kukuh ketat.
Pada saat celanya sebuah percaturan.
Hati sering terguris pada hasadnya dendam terpendam.
Mata sering  terhakis  pada tempangnya hitam bayang.
Dan mengertilah, itu adat yang yang lemas pada dasar kehidupan sebagai teman.

Sahabat.

Walau selama manapun kita bersahabat,
Kau tak mungkin tahu,
Betapa hati ini kontang akan damai kasih yang melata.
Betapa dada ini basah akan sendu yang meronta.
Kau tak mungkin pernah sedar,

pada kemas rapinya sebuah rahsia.
Pada perit gerihnya setangkai sengsara.
Pada pahit maungnya sekelumit derita.
kerana aku punya rasa pada hina cela
kerana aku punya bakat menutup yang tetutup 
dengan palsunya girang riang yang tak terduga

Namun sahabat.
Aku tetap sayang cinta rindu kamu.
Kerana aku ada kamu dalam percaturan  persinggahan ini.
Kerana aku dan kamu  adalah satu.

Tiada ulasan: